Abu Bakar menunjukkan dua buah bilik yang dijilat api dalam kejadian kebakaran |
KULIM - Seorang pekerja kilang rugi RM20,000 apabila sebahagian kediamannya di Kampung Syed Sheh hangus dijilat api, baru-baru ini.
Menurut bapa mangsa, Abu Bakar Daud ,62, kejadian kebakaran tersebut disedari menantunya ketika mahu mencuci tangan di dapur kira-kira jam 2.30 petang.
“Kebetulan kelmarin, anak dan menantu balik berkumpul di rumah saya. Selepas makan tengah hari di ruang tamu, menantu pergi ke dapur hendak mencuci tangan.
“Tiba-tiba dia ternampak rumahnya yang terletak di belakang rumah saya sedang terbakar dan api sedang marak ketika itu ,” katanya ketika ditemui, semalam.
Katanya, seramai 20 jiran dan tetamu rumah kenduri berdekatan yang menyedari kejadian tersebut bergegas ke sini memberi bantuan.
“Kebetulan pula, ada kenduri dekat dengan rumah saya, mereka yang nampak terus ke rumah anak saya untuk membantu mengeluarkan perabot dan perkakas elektrik di ruang tamu.
“Api ketika itu telah marak di kedua belah bilik termasuk bilik tidur dan satu lagi bilik yang menjadi stor barangan lama ,”katanya.
Dalam pada itu, Pegawai Bomba Kanan 1 Faisol Soeid@Shuaib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari orang awam pada jam 2.56 petang memaklumkan kejadian berkenaan.
“Kami bergegas ke lokasi dan tiba di sana pada jam 3.00 petang untuk tindakan memadamkan kebakaran.
“Kita dapati api sedang marak melibatkan dua buah bilik. Anggaran hampir sebahagian rumah terbakar dan api berjaya dipadamkan kira-kira 30 minit kemudian ,” katanya.
Katanya, punca kejadian dan kerugian masih dalam siasatan pihak bomba.
Sumber: Sinar Harian