PERSONALITI Wardina Saffiyah beranggap tindakan stesen televisyen berkonsepkan Islam kontemporari, TV Alhijrah yang mengudarakan slot program #PenghijrahanFenomena bersama Safiey Ilias hanya memburukkan keadaan.
Menerusi kiriman gambar yang baharu sahaja diterima kami, Wardina mengatakan program rancangan yang memaparkan perjalanan dan luahan hati seorang mak nyah yang ingin kembali ke pangkal jalan itu tidak menggambarkan konsep penghijrahan Islam yang sebenar.
“Publisiti membunuh, jangan lakukan lagi TV Alhijrah. Jangan mensensasikan cerita biarpun ia adalah penghijrahan seseorang.
“Saya tahu ia sangat baik untuk mendapatkan rating tetapi ia adalah salah dan cara pengacaraan juga tidak begitu mendalam. Ini semata hanya untuk mendapatkan sensasi walaupun niat yang sebenar adalah baik,” tulis Wardina di Facebooknya.
Wardina juga menambah, konsep yang dibawakan oleh media khususnya daripada saluran televisyen seperti program Da’i Pendakwah Nusantara dan Pencetus Ummah hanya dilihat untuk ‘memeriahkan’ suasana.
“Saya telah melalui industri ini dan apa yang boleh saya katakan, tiada yang benar-benar ikhlas dalam menyampaikan mesej sebenar dan ini termasuklah beberapa program sedia ada di kaca TV seperti Da’i Pendakwah Nusantara dan Pencetus Ummah,” tulisnya, semalam.
Terdahulu, Safiey Ilias,22, seorang mak nyah yang nekad untuk menjalani kehidupan sebagai seorang lelaki tulen telah mendapat liputan meluas sehingga dijemput menjadi beberapa tetamu program televisyen, termasuk di stesen TV AlHijrah.
Namun Safiey telah membuat keputusan untuk berubah kepada seorang mak nyah semula semalam berikutan memuat naik gambarnya berpakaian wanita dan meluahkan isi hatinya di laman Instagram. -Kedahnews.com