Saintis Kaji Seks Tikus "Pakai Seluar" Menang Anugerah Nobel


MASSACHUSETTS - Saintis yang mengkaji kehidupan seks tikus dengan memakaikan seluar pada tikus antara pemenang Anugerah Ig Nobel Prize.

Memetil laporan Telegraph UK, Pakar Urologi Mesir, Dr Ahmed Shafik yang memakaikan tikus dengan polister, kapas, bulu dan seluar campuran polister kapas mendapati bahawa, kadar aktiviti seksual adalah lebih rendah.

Anugerah Ig Nobel yang masuk tahun ke-26 meraikan pencapaian yang membuatkan 'orang ketawa dan kemudian berfikir' itu dianjurkan oleh Annals of Improbable Research.

Seramai 1100 tetamu menghadiri majlis tahun ini di Panggung Sanders, Universiti Harvard University di mana pemenang dalam sepuluh kategori menerima hadiah masing-masing.

Antara pemenang lain ialah dua warga Britain, Thomas Thwaites dan Charles Foster yang dianugerahkan secara bersama bagi kategori Biologi.


Thwaites menghabiskan masa tiga hari hidup dalam kawanan kambing, memakai kaki palsu yang direka bagi membolehkah dia berjalan dengan keempat kakinya dengan binatang di ladang di Alps.

Thwaites yang hadir bersama dengan anggota badan palsu menyifatkan anugerah sebagai penghormatan besar.

"Saya berasa bosan dengan semua kebimbangan dan keperitan menjadi manusia dan memutuskan mengambil cuti dari semua itu dan menjadi seekor kambing," katanya. -Kedahnews.com