Anggota AADK menahan seorang lelaki (tengah) kerana menagih. Gambar kanan: Kebun getah dijadikan port penagih dadah. |
SEORANG lelaki disyaki penagih dadah sanggup membawa air kencing individu lain demi mengelakkan diri dari dicekup dalam Ops Sarang 2 di Port Kodiang, Kota Setar, kelmarin.
Bagaimanapun, taktik lelaki berusia 52 tahun itu gagal mengaburi 17 penguat kuasa Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) Kedah diketuai Mohd Syafieq Ismail.
Ketika diperiksa, anggota penguat kuasa AADK menemui botol kecil mengandungi air kencing dari poket depan baju lelaki terbabit yang berasal dari Perlis.
Dia yang dikenali sebagai Mat membawa air kencing orang lain kerana bimbang hasil ujian urinnya akan disahkan positif heroin.
“Adik perempuan tahu saya hisap dadah, jadi saya minta untuk guna air kencing dia untuk elak dicekup.
“Saya tak bawa selalu, cuma ambil langkah berjaga-jaga dengan meletakkan botol air kencing dalam pakaian. Macam pagi ini, saya bawa stok yang semalam (kelmarin),” katanya.
Dalam ops itu, pelbagai taktik mahupun alasan diberikan mereka ditahan semata-mata untuk mengelakkan diri dari dicekup, termasuklah mengaku orang kurang upaya (OKU) mental.
Malah, beberapa individu berkenaan membawa senjata tajam seperti parang dan pisau atas alasan bimbang keselamatan terancam, dan ada dilihat cuba mengacu ke arah penguat kuasa AADK.
Sementara itu, seorang lelaki membawa kanak-kanak lelaki berusia lingkungan dua tahun dipercayai anaknya memberi kerjasama ketika ditahan untuk pemeriksaan lanjut.
Hisap dadah lebih 30 tahun
Seorang lelaki berusia 45 tahun menjadi individu pertama dicekup dalam operasi port dadah syabu dan heroin terbesar di kawasan itu bermula jam 3 pagi hingga 3 petang.
Lelaki yang tidak bekerja tetap dan meniaga sayuran-sayuran secara kecilan berkenaan mendakwa dia mula mengambil dadah seawal usia belasan tahun.
Katanya, dia boleh mendapatkan bekalan dadah diinginkan dengan mudah daripada beberapa tokan di port berkenaan, disebabkan ia beroperasi selama 24 jam.
Bagaimanapun, bapa kepada lima anak berusia sembilan hingga 20-an itu tidak dapat menghilangkan ketagihan dadah diambil sejak lebih 30 tahun lalu.
“Saya terlampau yakin tidak boleh hidup tanpa hisap dadah, jadi macam mana pun gian, kembali ambil semula, meskipun dinasihati anak-anak,” katanya.
Meskipun 'kantoi' tiga kali atas ketagihan dadah dimiliki, dia tidak serik kerana terlalu gian apabila tidak mendapatkan bekalan dadah itu.
Musnahkan port dadah
Menurut Ketua Pegawai AADK Kubang Pasu, Mohd Zaki Abdullah, serbuan dibuat hasil risikan anggota selama sebulan untuk mencegah penyalahgunaan dadah.
Mohd Zaki berkata, mereka yang ditahan antara 26 lelaki berusia 22 hingga 52 tahun yang dicekup dalam kebun getah kerana disyaki menyalahgunakan dadah.
Beliau berkata, taktik tertentu penagih antaranya membawa air kencing orang lain sudah menjadi kebiasaan, namun ia dapat dibongkar dengan kepakaran anggota AADK.
“Ada lelaki yang sudah ditahan cuba melarikan diri semula masuk ke dalam semak samun, namun berjaya diberkas semula tidak lama kemudian.
“Siasatan penguat kuasa AADK turut mendapati lebih kurang tujuh port dadah ditemui dalam kebun getah berkeluasan 1.21 hektar (3 ekar),” katanya.
Susulan itu, beliau berkata, pihaknya turut memusnahkan port dadah yang dianggap antara terbesar di kawasan itu untuk membolehkan penduduk menoreh dengan tenteram.
Kesemua mereka ditahan dibawa ke Pejabat AADK Kubang Pasu untuk menjalani ujian air kencing, dan hasil saringan mendapati 24 positif dadah, manakala dua lagi negatif.
Sumber: Sinar Harian