Pelakon jelita, Nelydia Senrose memberitahu dirinya tidak mahu kisah cintanya mendapat perhatian ramai berbanding kerjayanya dalam bidang seni.
Tambahnya, kegagalan cinta lalu menyebabkan dia mahu memilih lelaki yang matang untuk menjadi teman hidup tetapi masih belum bersedia untuk memikirkan soal cinta buat masa ini.
“Saya belajar dengan apa yang berlaku dulu. Jika dahulu saya terbuka berkongsi apa sahaja, selepas apa yang berlaku, saya rasa lebih baik saya simpan sendiri segala perancangan saya.
“Jika semua yang dirancang sudah pasti, saya akan berkongsi segalanya. Mungkin itu juga salah satu faktor saya lebih selesa memilih lelaki yang matang,
“Saya tidak menetapkan syarat tertentu kerana bimbang diri meraka jika tidak menemui lelaki yang dicari. Kita tak tahu siapa jodoh kita.
“Lebih baik saya berkawan dan dari situ akan ada keserasian untuk membawa hubungan ke peringkat seterusnya,” katanya, memetik BH Plus.
Nelydia juga memberitahu bahawa kerjanya sebagai seorang selebriti menyebabkan kebanyakkan lelaki sebayanya keberatan untuk mendekati dirinya. -Kedahnews.com