Abu Hassan Pak Muda dari kiri, Zulkifli Hamid dari kanan dan penduduk lain menunjukkan salah satu telaga yang digunakan mereka bagi dapatkan air. |
BALING - Setiap kali berlakunya kematian atau musim kenduri, penduduk Kampung Tebing Tinggi Mukim Kupang terpaksa menghubungi Syarikat Air Darul Aman (Sada) bagi mendapatkan bekalan air yang dikatakan menjejaskan ratusan penduduk berkenaan.
Menurut salah seorang penduduk, Abu Hassan Pak Muda, 58, mereka terpaksa menunggu bekalan air dihantar Sada bagi memandikan jenazah dan mengendalikan kenduri.
Katanya lagi, kemelut ini sudah berlaku sejak lebih 10 tahun lalu.
“Penduduk perlu tunggu Sada hantar air untuk mandikan jenazah. Selagi air tidak dihantar, jenazah tidak boleh dimandikan.
“Sada bagaimanapun faham dengan situasi penduduk. Mereka tidak mengabaikan penduduk bila masalah ini berlaku,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.
Tambahnya, perubahan wakil rakyat tidak membantu menyelesaikan masalah tersebut.
“Masalah air di kampung ini tetap berlaku walaupun sudah tukar ramai wakil rakyat. Masalah tetap sama.
“Keadaan lebih terjejas apabila musim perayaan. Pernah kami satu keluarga tidak pergi solat hari raya Aidilfitri kerana tidak boleh mandi,” katanya.
Bina telaga sendiri
Abu Hassan berkata, pembukaan banyak kawasan taman perumahan dalam daerah ini berkemungkinan antara punca masalah itu berlaku.
“Dahulu taman tidak banyak, tetapi sekarang banyak kawasan perumahan, mungkin air lebih disalurkan di sana,” katanya.
Seorang lagi penduduk, Solehah Md Saad, 49, berkata, kebanyakan penduduk terpaksa membina telaga sendiri sebagai alternatif mengurangkan beban yang dihadapi.
“Kebanyakan rumah penduduk terpaksa bina telaga sendiri. Air selalu tiada di kampung ini. Jika nak guna air kena ‘call’ Sada,” katanya.
Bagi seorang lagi penduduk, Zulkifli Hamid, 30, berkata, susu anaknya berusia dua tahun hanya dibancuh menggunakan air telaga yang dimasak.
Menurutnya, sumber air di rumahnya bergantung kepada air telaga yang terletak 100 meter dari rumahnya.
“Saya ambil air telaga yang dibina orang terdahulu. Nak ambil perlu datang waktu malam, jika siang penduduk akan berebut,” katanya.
Tambahnya, tahap kritikal air di kampung itu umpama di negara mundur.
Paras tangki rendah
Manakala Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Abd Razak Md Noh, berkata, pihak Sada memberikan kerjasama baik dalam menangani gangguan air.
Menurutnya, Sada memberikan perkhidmatan bagi memastikan penduduk tidak terputus bekalan air.
“Pihak Sada tidak biar masalah ini. Kakitangan Sada kerap mengadakan pemantauan dan segera menghantar bekalan air bila terjejas,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat Sada, Rofedi Sulaiman berkata, masalah air di kampung tersebut disebabkan paras tangki yang rendah dan kedudukan kampung itu terletak di kawasan tinggi.
“Ketika ini air dari loji Sungai Limau di salur ke tangki Kuala Pegang dan ia disalurkan ke Kampung Tebing Tinggi, memang paras tangki rendah dan kampung tersebut tinggi, jadi air tidak sampai.
“Kita ada ‘solution’ baru, kita sudah minta peruntukan dari Kementerian Kemajuan Luar Bandar Wilayah (KKLBW) Malaysia dan ia di peringkat kelulusan. KKLBW akan pasang paip enam inci dari kolam Kampung Tas ke Kampung Tebing Tinggi.
“Apabila siap paip itu, air itu akan disalurkan ke Kampung Tebing Tinggi. Insya-ALLAH, projek itu akan dilaksanakan KKLBW pada tahun depan,” katanya.
Sumber: Sinar Harian