Siapa Bakal Masuk Penjara Selepas Justo Bebas?


Serangan politik Tun Mahathir terhadap Datuk Seri Najib sudah hampir menjangkau dua tahun lebih.

Namun "attacking progress" Mahathir amat lembab, bercelaru dan nampaknya mulai mencederakan tenteranya sendiri.

Tentera sendiri cedera bila Mahathir mulai menghulur tangan kepada Kit Siang dan Anwar Ibrahim. Ada tentera setia Mahathir anggap itu salam itu satu pengkhianatan pada mereka.

Sebab itu serangan Mahathir masih tidak membuahkan hasil, walaupun pihak Tun Mahathir telah berhabisan sehinga ratusan juta untuk menyogok media barat untuk memainkan isu 1MDB dari segala sudut.

Dari Australian News sampailah ke Sarawak Report hingga ke Wall Street Journal, Mahathir membina bantuan mereka untuk serang Najib.

Ketika isu 1MDB sedang hangat , mereka yang berpihak kepada pembangkang telah mengambil kesempatan untuk menemui Xavier Justo yang dikatakan telah membawa lari dokumen dari majikannya Petro Saudi.

Mereka mereka ini termasuk lah "Trojan Horse" Tun Mahathir iaitu Tony Pua, dan individu dari pembangkang seperti Tong Kooi Ong dan juga Nurul Izzah.

Tong Kooi Ong adalah Pengerusi Majalah The Edge dan dituduh oleh XJ sebagai orang yang pernah menipu dirinya dengan umpanan wang sebanyak USD $2 juta untuk perolehi dokumen tetapi tidak melunaskan janjinya itu.

Dipercayai juga dokumen yang diperolehi TKO kemudiannya disunting dan di “tempered”, diolah untuk menampakkan ada sesuatu.

Pelik juga, jika benar 1MDB ada kesalahan, kenapa pula dokumen perlu diolah? Bermakna tiada kesalahan tetapi mesti dibuat seolah olah ada kesalahan.

Sambil itu maklumat yang di siarkan oleh Sarawak Report dan Claire Brown juga adalah maklumat yang diberi dan telah diubahsuai TKO untuk nampak semacam ada kebenaran.

Apabila SR melaporkannya, pihak di sebelah sini seperti The Edge , Mkini dan sekutunya akan menyambar berita itu seolah olah ia bahan baru dari SR ,sedangkan ia asalnya dari sini juga.

Begitulah lakonan yang mereka mainkan kepada minda terpenjara rakyat Malaysia.

Berita sensasi dan berbentuk mahu menimbulkan geram kepada rakyat Malaysia dimainkan dari pelbagai sudut untuk menampak betapa ianya “real”.

Namun sedikit sahaja yang cerdik untuk bertanya soalan pukul maut, iaitu mengapakah cerita itu semua tidak bertarikh? Tidak diiringi gambar? Dan sebagainya?

Dan selain cerita sensasi, mereka juga berpura pura menunjukkan grafik dan "draft flowchar", wang masuk ke sini, keluar ke sana dan masuk ke sinun lalu masuk kembali kesana dengan nama pelbagai syarikat, tetapi tetap tidak di iringi sumber terpenting, iaitu tarikh.

Jika sudah tahu pelbagai bagai, kenapa tidak diiringi tarikh wang masuk ke sana sini?

Jawapannya mudah, kerana ia semua cerita dongeng dan ciptaan sahaja.

Mahathir sendiri hampir berputus asa dalam menyerang Najib pada suatu ketika. Mahathir berkata "Saya tidak akan buat laporan polis kerana saya tiada bukti" katanya pada 10 Oktober 2015 dalam Malaysian Insider.

Puak Mahathir sudah membayar "advance fee", jadi kisah 1MDB sudah tidak sensasi pun tidak mengapa asalkan kerja mencipta kisah karut diteruskan, sejajar dengan upah.

Banyak cerita karut dan rekaan ini telah didedahkan oleh Lester Melanyi dalam videonya pada 21 Julai 2015, bahawa 90% cerita Sarawak Report mengenai 1MDB adalah rekaan untuk memburukkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib.

Semalam Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Sarifuddin membuat kenyataan berkenaan dakwaan akhbar Le Temps kononnya Datuk Seri Najib mengambil kesempatan terhadap kerajaan Thailand ketika berlangsung mesyuarat Malaysia- Thailand Annual Consultation untuk mempengaruhi kerajaan Thailand bagi kes Xavier Justo.


Tuduhan ini adalah tidak benar. Kita sudah dapat hidu siapa yang buat tuduhan itu.  Kebiasaan amat berbau tangan ProTun di belakangnya.

Kebebasan Xavier Justo bukan ancaman kepada Datuk Seri Najib, kerana ketika XJ berada dalam penjara dan di luar sebelum masuk penjara pun semua susu sudah diperah dari lembu oleh malaun dari pembangkang dan Tun Mahathir sendiri.

“What else is new?” itu persoalannya.

Tanpa XJ pun pihak malaun akan mencipta isu dan cerita. Maka sah sekali DS Najib tiada kepentingan untuk menggunakan pengaruhnya terhadap kerajaan Thailand.

Tetapi satu perkara harus di ingat, iaitu XJ ada menyebut nama nama tertentu yang datang menemuinya untuk pelbagai perkara.

Mereka inilah sebenarnya dalam ketakutan jika XJ “spill the bean”.

Malah Nurul Izzah dikatakan mahu perolehi dokumen bukan dengan bayaran wang tetapi dengan mengganti dengan sesuatu jika Pakatan Harapan memerintah.

Sedarkah kita betapa senyapnya Tony Pua pada hari ini? Nama beliau juga disebut dalam pendedahan XJ. 


Selain itu, pasti sekali jika XJ pandai bermain politik dia akan menjadi jutawan kerana pihak “gelabah” akan menyogoknya wang untuk menafikan pelbagai bagai perkara.

Apa pun Polis Malaysia sudah pun mengambil butiran dar XJ ketika IGP berada di Thailand,

Rumusan hanya boleh di buat dengan dua opsyen sahaja, jika XJ tidak mahu meneruskan kesnya selepas dia bebas, pasti sekali ada pihak di sini mahu cuba menyogoknya.

Dan jika dia mahu “let the cat out of the bag” ada yang bakal masuk ke penjara kerana pelbagai kesalahan.

Apa pun Kerajaan Thailand masih enggan melayan kehendak kerajaan Swiss untuk ekstradisi XJ, sehingga kini mereka yang terbabit dari pihak pembangkang masih boleh dikira selamat untuk sementara.

Siapa agaknya yang akan ke dalam penjara jika Xavier Justo bebas?

Pada 17 Julai 2015, Xavier Justo menamakan 10 nama yang terbabit dalam konspirasi gulingkan Najib. Jika berjaya Claire Brown mahu raikannya dengan segelas arak. -Beruang Biru