Kedua-dua suspek mengelak dari wajah mereka dirakam media ketika tiba di Mahkamah Alor Setar |
ALOR SETAR - Dua orang kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Petaling Jaya direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan sindiket kereta klon dari negara jiran.
Perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Alor Setar, Dalilah Ismail yang membenarkan reman sehingga 29 September depan.
Kedua-dua suspek yang bertugas sebagai pembantu penguatkuasa dan pembantu tadbir perkeranian dan operasi di JPJ Petaling Jaya, tiba di Mahkamah Alor Setar jam 10.19 pagi semalam diiringi pegawai SPRM.
Mereka yang berumur 32 dan 29 tahun ditahan di bawah operasi khas SPRM Ops Piang di JPJ Petaling Jaya petang kelmarin.
Pengarah SPRM Kedah Datuk Mohd Fauzi Mohamad mengesahkan penahanan kedua suspek itu namun enggan mengulas lanjut.
Sebelum ini, media melaporkan empat lagi saki baki sindiket kereta klon termasuk dua anggota penguat kuasa akan dibawa ke muka pengadilan ekoran penahanan empat suspek termasuk dalangnya, seorang kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah kerana disyaki menyalahguna sistem pendaftaran agensi itu.
Sumber: Sinar Harian