Operasi memadamkan kebakaran oleh anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Jitra |
KUBANG PASU - Sebuah stor menyimpan alatan kebun di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, terbakar secara tiba-tiba pagi semalam.
Tukang Kebun, Muhammad Syukri Rozari,28, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 pagi ketika semua pekerja sedang melakukan kerja masing-masing sekitar kawasan sekolah.
Menurutnya, ketika itu, dia sedang membersihkan kawasan taman berdekatan pondok pengawal dan kembali ke stor untuk mengambil kereta sorong.
" Sejurus tiba di hadapan pintu stor, dia terkejut apabila melihat asap memenuhi ruang stor dan peralatan kebun sedang dijilat api.
“Saya terus meluru ke hadapan memberitahu rakan sekerja yang lain, dan salah seorang rakan saya cuba memadam api menggunakan alat pemadam api.
“Namun, api tetap marak dan saya terus menghubungi bomba untuk meminta bantuan ,”katanya.
Syukri berkata, stor berkenaan digunakan untuk menyimpan peralatan kebun sahaja, selain dijadikan tempat rehat dia dan rakan-rakan pada waktu lapang.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Nur Hafizah Muhammad Lukman berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.29 pagi.
“Kebakaran berlaku di sebuah stor tingkat bawah berkeluasan 15 x 18 di sebuah bangunan sekolah tiga tingkat Kelas A ,” katanya.
Menurutnya, kebakaran melibatkan kotak dan peralatan berkebun yang terdapat dalam stor. Operasi mengawal dan memadam kebakaran dijalankan menggunakan “dry powder”.
“Api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 8.54 pagi dan tiada mangsa yang terlibat dicatatkan ,” katanya.
Sumber: Sinar Harian