BERAT wanita ini sudah mencecah 317 kilogram tetapi Monica Riley enggan berhenti daripada `makan’ dan bercita-cita menjadi wanita paling gemuk di dunia.
Dia mahu menambah berat badan kepada 444 kilogram.
Teman lelakinya, Sid Riley merupakan `penyuap’ makanan kepada Monica dan setiap hari dia memasak untuk wanita berkenaan di rumah mereka di Fort Worth, Texas.
“Rancangan asal saya adalah mencapai berat lebih 300 kilogram. Saya berasa seperti permaisuri disebabkan Sid melayan saya dan dia gembira dengan keadaan itu.
“Ia mengenai fantasi seksual untuk kami. Dia kini terpaksa membantu saya bangun dari sofa dan katil.
“Kalau saya berbaring selepas makan malam, dia terpaksa menolong menggolekkan badan saya kerana perut saya terlalu padat,’’ kata Monica.
Dalam keadaan berkenaan, pasangan itu merancang untuk memiliki anak meskipun Monica terpaksa menjaganya dari atas katil.
Dia menyifatkan perancangan itu sebagai satu keyakinan kepadanya walaupun dikecam ramai dan dianggap sebagai mementingkan diri sendiri.
Monica mengambil 8,000 kalori setiap hari dan dia menyifatkan semakin besar badannya maka dia berasa semakin seksi apatah lagi dapat memegang perutnya yang `melabuh’ dan membesar itu.
Disebabkan keadaan itu juga, Sid perlu sentiasa ada dengannya. -Kedahnews.com