Pelakon dan pengacara jelita, Rozita Che Wan meluahkan rasa kecewanya di laman Instagram terhadap perkhidmatan syarikat penerbangan Malaysia Airlines Berhad (MAB).
Kekecewaan itu diluahkan gara-gara syarikat penerbangan itu telah tercicir beg bagasinya di Kuala Lumpur.
Che Ta ketika bertugas sebagai pramugari MAS |
Akibat insiden itu, Che Ta yang juga bekas pramugari MAS yang kini dikenali sebagai MAB mendakwa dia terpaksa membatalkan majlis makan malamnya kerana tiada baju.
“Sungguh memalukan service Malaysia Airlines.
“I tak tahu macam mana MAS buat kerja. I terbang dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sabah. Beg I masih lagi kat KL.
“I terpaksa cancel dinner sebab tiada baju dan tunggu beg masih lagi tak sampai.
“And i fly bisnes class, bukan ramai pun penumpang sampai boleh tercicir beg tu!” katanya.
Rata-rata peminat dilihat meninggalkan komen bersimpati dengan nasib yang menimpa Che Ta.
Tidak kurang juga, ada yang menyelar Che Ta sudah lupa asal usulnya dahulu yang juga pernah berkhidmat dengan syarikat itu.
“Che ta ni tak sedaq diri ka, dulu pun hang kerja dengan MAS kan? Dah jadi artis terus lupa asal usul ye?” tulis Masakapaje. -Kedahnews.com