Pelakon baru, Niena Baharun atau nama sebenarnya Amaniena Baharun, 23, menyangkal dakwaan mengatakan dia sedang berkawan rapat dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Muslim Ahmad.
Menurut Niena, dia hanya berkawan dan mengenali Muslim sebagai kenalan sahaja, tidak lebih daripada kawan biasa.
“Itu semua tidak benar. Saya tidak pernah berkawan rapat dengan dia. Jauh lagi nak bercinta pula.
“Tetapi, saya mengenali dia melalui kawan atas kawan. Itu sahaja hubungan kami, tidak lebih daripada itu,” katanya, memetik mStar.
Walau bagaimanapun, Niena mengakui kini dia sedang berkawan rapat dengan seorang lelaki bergelar ahli perniagaan.
Bagaimanapun dia belum bersedia untuk menghebohkan tentang hubungannya dengan lelaki tersebut kerana kerjayanya sebagai pelakon baharu saja bermula.
“Ya saya ada berkawan dengan seorang lelaki tapi kalau boleh saya tak mahu dedahkan identitinya lagi. Saya belum sedia berkongsi tentang hal peribadi itu,” katanya.
Tambah Niena, dia beryukur namanya semakin mendapat tempat dalam industri seni selepas drama Sayangku Kapten Mukhriz mendapat sambutan. –Kedahnews.com
Menurut Niena, dia hanya berkawan dan mengenali Muslim sebagai kenalan sahaja, tidak lebih daripada kawan biasa.
“Itu semua tidak benar. Saya tidak pernah berkawan rapat dengan dia. Jauh lagi nak bercinta pula.
“Tetapi, saya mengenali dia melalui kawan atas kawan. Itu sahaja hubungan kami, tidak lebih daripada itu,” katanya, memetik mStar.
Walau bagaimanapun, Niena mengakui kini dia sedang berkawan rapat dengan seorang lelaki bergelar ahli perniagaan.
Pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Muslim Ahmad. |