PUTRAJAYA – Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal mencetuskan kejutan apabila tiba di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) di sini pagi Khamis
Media difahamkan bekas menteri Kabinet Persekutuan itu hadir bagi menyerahkan dokumen permohonan pendaftaran sebuah parti baharu.
Ahli Parlimen Semporna di Sabah itu memasuki pejabat RoS bersama empat lagi individu pada pukul 9.35 pagi.
Sebelum ini, beliau dilaporkan berura-ura menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang ditubuhkan Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi presiden penaja parti itu.
Beliau yang nekad mengumumkan keluar UMNO pada Julai lalu susulan keputusan Majlis Tertinggi parti itu yang menggantung keahlian dirinya.
Selain hukuman terhadap Shafie, MT UMNO telah memecat Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden selain bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Sebelum itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga telah mengumumkan keluar UMNO pada 29 Februari lalu bagi menumbangkan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bagaimanapun Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz kini bersama-sama dalam perjuangan PPBM yang diluluskan oleh RoS baru-baru ini. – mStar