Gambar Hiasan |
MAKKAH – Lima jemaah haji Malaysia tidak dapat melaksanakan ibadat wukuf pada Ahad lepas iaitu syarat wajib bagi menunaikan haji.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata ia berikutan kesemua mereka mengalami masalah kesihatan yang serius.
“Kesemua mereka berusia antara 39 dan 87 tahun terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita yang kini sedang menerima rawatan rapi di hospital Arab Saudi.
“Mereka mengalami masalah pernafasan dan pendarahan otak dan berdasarkan tahap kesihatan yang serius, mereka tidak dibenarkan dibawa ke padang Arafah (untuk wukuf),” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Pusat Rawatan Tabung Haji (TH) Syisyah di sini, semalam.
Jamil Khir berkata TH memberi jaminan kesemua pesakit itu diberikan keutamaan untuk mengerjakan ibadat haji sekali lagi pada masa hadapan.
“Sekiranya kesihatan mereka pulih TH memberi jaminan mereka ini akan diberi keutamaan untuk mengerjakan haji sekali lagi,” katanya.
Jamil Khir berkata bagaimanapun jumlah jemaah haji yang tidak dapat melaksanakan wukuf itu adalah berkurangan daripada tahun sebelum ini.
Katanya ia berikutan tahap kesedaran tinggi para jemaah haji dalam menjaga kesihatan sejak dari tanah air lagi.
Menurutnya jumlah kematian jemaah haji negara yang direkodkan sehingga hari ini adalah 10 orang.
Daripada jumlah itu tujuh kematian itu berlaku di sini, dua ketika di Madinah manakala seorang ketika di tanah air.
Jamil Khir berkata kematian terbaru adalah semalam membabitkan seorang lelaki yang meninggal dunia ketika mabit di Muzdalifah.
Ketika ini kira-kira hampir dua juta umat Islam seluruh dunia sedang melakukan lontaran di tiga Jamrat di Mina iaitu Sugra, Wusta dan Kubra.
Semua lontaran itu dilakukan selepas para jemaah bermabit di Mina dan lontaran akan berakhir selepas hari-hari tasyriq iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijah. – BERNAMA