SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan spekulasi mengenai pertukarannya adalah isu lama yang dibangkitkan setiap kali menjelang pilihan raya.
Mohamad berkata berita itu juga hanya sekadar laporan yang ditulis sebuah akhbar dan bukannya kenyataan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Cerita ini sudah basi, setiap kali kalau nak pilihan raya beginilah ceritanya, malah ia telah timbul sejak saya mula menerajui Negeri Sembilan pada 2004. Sekarang telah masuk penggal ketiga dan isu sama masih ditimbulkan.
"Tetapi saya tidak yakin ia akan dibuat Perdana Menteri... perkara itu mungkin tidak akan dilakukan sebelum pilihan raya kerana jika dilakukan ia akan menimbulkan pelbagai isu... penulisan itu sebenarnya berniat jahat," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, semalam.
Mohamad berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah akhbar tempatan yang menyebut beliau antara empat Menteri Besar yang akan ditukarkan dalam usaha memastikan Barisan Nasional (BN) kekal berkuasa pada pilihan raya akan datang.
Laporan itu turut menyatakan selain Mohamad, Menteri Besar Terengganu, Pahang dan Kedah juga akan ditukarkan.
Mengulas lanjut, Mohamad berkata beliau tetap akan mengetuai jentera pilihan raya BN Negeri dan yakin BN akan memenangi pilihan raya akan datang.
Mengenai tahap kesihatannya yang dikaitkan dengan faktor pertukaran, Mohamad berkata tahap kesihatannya pada ketika ini adalah baik.
"Saya dah mula kerja... tiada apa yang perlu dibimbangkan, jantung saya juga tiada masalah... saya hanya berehat sekejap. Jangan dengar khabar angin. Saya tidak risau dengan orang lain nak masuk parti itu, parti ini atau nak tubuh parti baharu dan sebagainya.
"Ini kerana kita merupakan sebuah negara demokrasi. Apa yang penting adalahm persiapan pilihan raya perlu dibuat dengan rapi dan saya yakin orang ramai mempunyai keyakinan tinggi terhadap BN," katanya.
Mohamad turut menangkis dakwaan wujudnya ‘warlords’ atau kumpulan tertentu dalam kalangan Umno Negeri Sembilan dan menegaskan ketika mesyuarat perwakilan Umno juga tiada isu atau usul yang ditumbulkan yang boleh mencemarkan nama parti dan pemimpin.
"Saya tidak nampak ada warlords... ini cerita zaman dahulu, kita sekarang lebih harmoni, tiada masalah bahkan orang lama juga turut memberikan kerjasama baik bahkan ada yang telah memberikan mandat kepada pemimpin generasi baharu," katanya.
Mengenai persempadanan semula kawasan pilihan raya Parlimen dan Dun yang disyorkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) baru-baru ini, Mohamad berkata satu mesyuarat akan diadakan bagi mengkaji cadangan itu.
"Saya akan buat mesyuarat BN Jumaat ini kerana kami juga terpaksa mengkajinya bersama supaya kita faham apa tujuannya. Kita akan kaji dan lihat apakah impak penyelarasan kepada Umno. Selepas mesyuarat saya akan jumpa SPR untuk tanyakan sendiri tujuan persempadanan ini.
"Tetapi kalau bahagian saya Parlimen Rembau, saya lihat persempadanan ini untuk mereka urus persempadanan secara lebih sempurna dan kemas," katanya.
SPR sebelum ini mencadangkan Negeri Sembilan membuat pertukaran nama sebuah kerusi Parlimen dan tiga Dun iaitu Parlimen Telok Kemang kepada Port Dickson manakala tiga lagi Dun bertukar nama adalah Senawang kepada Seremban Jaya, Port Dickson kepada Sri Bayu dan Repah kepada Bukit Rokan. - Bernama