Teknologi Komunikasi Punca Utama Perceraian Di Jakarta Meningkat


JAKARTA – Kadar perceraian di bandar raya ini dilapor semakin meningkat.

Antara puncanya, menurut pemerhati, ialah perkembangan perkhidmatan penghantaran mesej sosial dan gaya hidup di bandar.

Undang-Undang Perkahwinan Indonesia menetapkan syarat ketat bagi pasangan untuk becerai, termasuk mengemukakan ramai saksi bagi membuktikan rumah tangga mereka gagal.

Bagaimanapun, perkembangan teknologi komunikasi mengubah keadaan.

Peguam cerai, Fernandes Raja Saor berkata, dengan kemudahan telefon pintar, pasangan tidak lagi perlu mengemukakan saksi di mahkamah.

“Mereka boleh menggunakan ‘screenshot’ perbualan mesej WhatsApp untuk menunjukkan si suami atau isteri curang,” katanya.

Data yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Agama Jakarta menunjukkan petisyen untuk bercerai semakin meningkat, dari 9,654 pada 2012 kepada 12,770 pada 2014 dan 12,792, tahun lalu.

Data itu juga mendapati, pihak isteri paling ramai memfailkan perceraian, hampir 70 peratus daripada keseluruhan kes dengan kebanyakannya menggunakan alasan ‘tidak ada persefahaman’ dan suami tidak bertanggung jawab. – Agensi