Penerima Skim Pembiayaan Teman Tekun bergambar bersama Ibrahim (empat, kanan) dan Kumararajah (enam, kiri) di Serdang |
BANDAR BAHARU - Tekun negeri ini meluluskan dana RM1.5 juta kepada 400 peminjam usahawan Bumiputera dan India di kawasan Kulim, Bandar Baharu dan Padang Serai bagi membantu membangunkan perniagaan mereka.
Pengurus Tekun Kedah, Ibrahim Arifin berkata, pihaknya meluluskan 400 permohonan peminjam baharu dan kali kedua termasuk 100 kaum India melalui skim pembiayaan teman Tekun.
“Hari ini kita menyerahkan cek bernilai RM1.5 juta kepada 400 peminjam untuk membesarkan dan memulakan perniagaan mereka,” katanya dalam ucaptama pada Majlis Taklimat Skim Pembiayaan Teman Tekun, di Serdang kelmarin.
Ibrahim berkata, kawasan Kulim dan Bandar Baharu mempunyai peratusan bayaran balik yang amat cemerlang setiap bulan malah sehingga mencecah 102 peratus.
“Kita amat menghargai kerjasama yang ditunjukkan peminjam di kawasan ini, mereka tidak culas malah membuat bayaran balik dengan jumlah yang lebih dari sepatutnya mengikut jadual,” katanya.
Beliau juga mengingatkan peminjam baharu supaya tidak menjadikan Tekun hanya tempat untuk melepaskan kemelut kewangan dalam perniagaan mereka, tetapi memastikan agensi itu terus bermanfaat kepada generasi akan datang.
“Fikirkan manfaat yang akan diterima generasi akan datang yang turut memerlukan sumber kewangan ini untuk meningkatkan ekonomi,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Seed, Datuk Dr AT Kumararajah berkata, langkah kerjasama yang diambil Tekun dan sekretariat kaum ini memang banyak membantu masyarakat India terutama dalam membangunkan ekonomi setempat.
“Agensi seperti Tekun ini seolah seperti satu alat perhubungan kerajaan dan masyarakat India untuk membantu mereka meningkatkan ekonomi.
“Kerjasama dengan Tekun amat bermakna sekali sehingga 15,000 masyarakat India mendapat manfaatnya sebelum ini hingga sekarang,” katanya.
Sumber: Sinar Harian