Tidak dinafikan bahawa strategi pemasaran merupakan elemen penting bagi para usahawan dan peniaga di seluruh dunia bagi memastikan produk mereka terus laris di pasaran mendapat permintaan ramai.
Namun kadang kala, strategi pemasaran itu terlalu "kreatif" sehingga terbit pelbagai idea dan cara yang pelik-pelik.
Idea seperti ini mungkin tidak terdapat di Malaysia, namun penjual buah-buahan di China mempunyai cara tersendiri untuk melariskan buah pic yang dijualnya apabila memakaikan buah berkenaan dengan ‘panties‘ atau seluar dalam wanita.
Menurut portal tempatan Shanghaiist, para pengunjung sebuah pasar raya di Qingdao, China ‘disajikan’ dengan sejumlah buah pic yang cukup ‘seksi’ berseluar dalam pelbagai corak menarik.
Tambah laman berkenaan lagi, penjual buah tersebut asalnya mendapati bentuk buah berkenaan mirip dengan bahagian punggung wanita. Maka tercetuslah idea untuk menghasilkan seluar dalam bagi membalut buah tersebut.
Jelas penjual itu lagi, seluar dalam yang dipakaikan pada buah berkenaan adalah daripasa hasil jahitan tangan dan dia juga tidak akan bertolak ansur dengan sesiapa yang cuba mencurinya.
“Harga setiap buah pic itu ada pada labelnya, manakala seluar dalam itu lain pula harganya.”
Bagaimanapun, idea tersebut bukanlah yang pertama dilakukan. Pada 2014, seorang pereka dari Shanghai pernah melakukan hal yang sama sempena Hari Kekasih mengikut kalendar tradisional Cina.
Difahamkan, harga sekotak yang mengandungi 9 biji buah pic ‘memakai seluar dalam’ dijual dengan harga 498 yuan (kira-kira RM304). -Kedahnews.com