Membaca laporan media hari ini, penulis dapati ramai pihak yang tampil mendesak Ahli Parlimen DAP, Jeff Ooi memohon maaf atas keceluparannya yang dianggap menghina Almarhum Dato’ Dr Haron Din yang meninggal dunia baru-baru ini.
Mungkin bimbang hilang sokongan dan mengelak dikecam masyarakat seluruh negara seperti Jeff Ooi, rakan sekutu DAP seperti PAN dan PKR pun ‘tumpang semangkuk’ mengecam Ahli Parlimen itu.
Malah Lim Guan Eng yang dikatakan cuba meredakan keadaan pun gagal dan tidak dapat diterima, teruk juga Jeff Ooi dikecam. Namun menyelak lembaran Twitternya, tiada langsung respon memenuhi desakan-desakan itu, apatah lagi permohonan maaf.
Apakah Jeff Ooi akan memohon maaf atas keceluparannya itu? Jika dia minta maaf, apa yang dia dapat? Dan sekiranya dia tidak meminta maaf, apa kesannya?
Pada pandangan penulis, berkemungkinan Jeff Ooi sedang menunggu masa untuk meminta maaf. Bila masanya? Dia mungkin akan cuba meraih populariti dari kontroversi ini semaksimum mungkin sebelum meminta maaf.
Kenapa penulis berpandangan demikian? Ia adalah disebabkan sifat semula jadi ahli politik. Sama ada negatif atau positif, publisiti amat penting bagi mereka. Ia bagaikan ‘gosip artis’. Walau dilanda publisiti negatif, mereka tetap melonjak populariti mereka, bukan?
Jadi, apabila tiba klimaks publisiti itu dan desakan yang ‘melambung’ namanya reda, maka mungkin itulah masa yang tepat untuknya memohon maaf. Jika permohonan maafnya diterima, mungkin dia akan dapat publisiti positif. Tapi jika negatif, dia peduli apa, kan?
Pada penulis, sama ada dia memohon maaf atau tidak, ia tetap sama saja. Tidak perlu desak Jeff Ooi minta maaf pada keluarga Almarhum Ustaz Haron Din dan seluruh umat Islam di Malaysia. Ia tidak memberi apa-apa kesan pada puak DAP yang sealiran dengan Jeff Ooi.
Sudah banyak kali pemimpin DAP menghina dan mengeluarkan kenyataan kontroversi begitu. Seronoknya menghina dan mengusik sensitiviti umat Islam dan bangsa Melayu, selepas itu mereka akan minta maaf dan insiden itu akan dimaafkan dengan mudah, serta dilupakan kemudiannya.
DAP kemudian akan tetap dapat sokongan. Mereka bagaikan tahu kelemahan umat Islam dan bangsa Melayu di Malaysia yang mudah memaafkan dan melupakan selepas permohonan maaf dibuat. Tidak ada apa-apa yang berlaku pada mereka selepas itu.
Bila tiba pilihan raya, DAP akan tetap diberi undi oleh umat Islam dan bangsa Melayu dari kalangan blok pembangkang. Pada PRU ke-14 nanti, umat Islam dan bangsa Melayu dalam PPBM, PAN dan PKR akan tetap beri undi pada calon DAP di atas nama ‘kerjasama’ pembangkang.
Jadi, apa bezanya sama ada Jeff Oii minta maaf? Berapa ramai ‘spesis’ seperti Jeff Oii dalam DAP yang pernah mencetus kemarahan umat Islam dan bangsa Melayu selama ini? Mereka tetap menang pilihan raya dan diundi umat Islam, bukan?
Justeru itu, tidak perlulah beretorik sangat dengan desakan-desakan yang tidak memberi apa-apa kesan pada DAP atau blok pembangkang. Ia cuma permainan politik DAP saja untuk mempermainkan kita. Sedarkah umat Islam yang menyokong dan beri undi pada pembangkang?

Sumber: myKMU.net