“ISH, ko tukar kereta baru lagi ke bro? Bukan ko baru pakai kereta ni ker? Tak rasa rugi ker tukar kereta baru ni?"
Begitulah soalan yang sering ditanya kepada kawan, saudara, sepupu, mahupun jiran bila mana kita berasa pelik apabila mereka kerap menukar kereta baru.
Apa tidaknya, kita sendiri pun yang pakai kereta dekat sembilan tahun dan masih lagi tidak berani untuk tukar kereta lain, apatah lagi pinjaman lama pun belum habis bayar lagi.
Urusan jual beli kereta bukan perkara dibuat main main bila melibatkan pinjaman dengan pihak bank.
Haruslah langsaikan baki pinjaman kereta sekarang, barulah boleh tukar kereta, bukan?
Tapi, mestilah mereka ni semua ada caranya. Kalau tidak, takkanlah berani hendak tukar kereta setiap tiga atau lima tahun, boleh habis simpanan kalau tidak ada cara yang betul.
Inilah perkara yang ingin kami kongsikan, bagaimana kita boleh realisasikan angan-angan nak tukar kereta baru menjadi realiti.
Jom kita baca perkongsian dan tips daripada saudara Khairul Ezuwan tentang lima cara terbaik bagi anda yang ingin melakukan trade-in kereta dari sudut pengurusan kewangan yang terbaik. -Kedahnews.com
Kita selalu melihat segelintir orang yang mana setiap 3 atau 5 tahun asyik bertukar kereta baru, siap upgrade lagi. Di fikiran kita menyangka, mereka tentunya orang kaya atau hanya membazir. Pemikiran kita terhadap mereka akan berubah setelah kita tahu kaedah ini.
1. Mereka akan memastikan deposit untuk membeli kereta tidak kurang 20% dari harga kereta tersebut sebagai contoh kereta berharga RM100,000 dengan RM80,000 sahaja pembiayaan.
2. Tempoh pembiayaan maksimum hanya 5-7 tahun sahaja. Yang banyak saya lihat jika harganya begini, mereka akan guna kaedah 5 tahun sahaja pembiayaan. Sebenarnya kita boleh bayar untuk tempoh lima tahun tetapi kita kita yang buat pilihan untuk 9 tahun sebab nak bayar installment yang lebih murah.
3. Kenapa 5 tahun? Kereta adalah sewa beli yang merupakan satu liabiliti yang negatif. Waranti kereta baru juga biasanya maksimum 5 tahun sahaja dan banyak kereta bermasalah selepas 5 tahun. Mereka akan tukar kepada kereta baru sebelum tempoh waranti tamat. Dapat waranti baru lagi 5 tahun. Maknanya, less cost of maintenance dan berkait juga dengan keselamatan seperti risiko kerosakan di tengah jalan.
4. Trade in kereta tersebut dalam tempoh 5 tahun, kereta pun sudah habis bayar. Kereta yang baru berusia 5 tahun masih mempunyai nilai yang tinggi di pasaran kerana beli kereta terpakai baru berusia 5 tahun, masih boleh buat pembiayaan bank 9 tahun. Jadi, permintaan masih tinggi kepada pembeli kedua.
Ambil depreciation value 10% setahun. Maknanya value masih ada RM50,000. Jadikan sebagai deposit kereta baru yang berharga RM130,000. Pinjaman RM80,000 sahaja. Jadi, komitmen masih tidak berubah tetapi dapat kereta baru yang lebih selesa dan yang paling penting, peace of mind dengan waranti yang disediakan.
5. Kereta baru, profit rate yang lebih rendah. Lebih pendek tempoh pembiayaan biasanya semakin rendah profit rate yang diberikan.
Sekadar berkongsi kaedah, tidak semestinya boleh diikuti kerana setiap orang mempunyai capacity, capability and mentality yang berbeza. Ada yang memang mampu bayar tempoh 9 tahun, ada yang mahu cepat habis bayar, ada yang suka tiada hutang kereta, ada yang lebih suka beli kereta murah cash. Itu terpulang kepada pilihan masing-masing. Mana yang sesuai, boleh gunakan kaedah ini.