MURSYIDUL Am PAS, Tuan Guru Datuk Dr. Haron Din, 76, telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 10.10 pagi tadi.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Stanford, San Francisco, Amerika Syarikat (AS) selepas dilaporkan menghidap masalah jantung.
Berita ini dimaklumkan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan menerusi satu status yang dimuat naik di laman Facebook miliknya.
“Jam 10.10 pagi ini (waktu Malaysia), berita kami terima dari anggota keluarga bahawa Tuan Guru Dato’ Dr. Harun Din telah kembali ke rahmatillah di Hospital Stanford University US.
“Semoga Allah swt mencucuri rahmatNya dan mengampuni al Marhum Tuan Guru serta menggolongkan beliau dari kalangan hambaNya yang soleh. Aameen Ya Rabbal A’lamin,
“Maklumat lanjut akan menyusul kemudian dari pihak keluarga al Marhum Tuan Guru.
“Bagi pihak PAS kami mengucapkan takziah buat seluruh ahli keluarga Al Marhum Tuan Guru dan pastinya ia adalah satu kehilangan besar buat PAS khasnya dan seluruh ummat Islam amnya,” tulisnya.
Awal pagi tadi, media melaporkan Haron berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Pada tahun 2012, Haron pernah menjalani pembedahan pintasan jantung. – Kedahnews.com