KUALA LUMPUR – Semua umat Islam bertanggungjawab menyokong penuh pindaan Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) bagi memartabatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah di negara ini.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pindaan ke atas akta tersebut tidak boleh dipolitikkan oleh mana-mana pihak sehingga menjadi satu polemik.
“Isu ini tidak perlu dipolemikkan oleh mana-mana pihak untuk mengelakkan terjejasnya hubungan baik yang sedia ada dan sikap saling hormat-menghormati antara agama yang sudah sedia terjalin.
“Dalam suasana negara menyambut kemerdekaan ke-59, negara perlu berganjak kepada suasana lebih baik dari yang ada,” ujarnya dalam satu kenyataan media semalam.
Hasrat PAS untuk meminda Akta 355 bagi memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah mendapat tentangan hebat segelintir pihak terutama pemimpin Pakatan Harapan daripada DAP.
Malah, pemimpin Melayu DAP, Zairil Khir Johari pernah mendakwa pindaan ke atas Akta 355 adalah untuk melaksanakan undang-undang hudud yang bakal mengundang bias sosial ke atas golongan wanita, orang miskin dan masyarakat minoriti.
Zairil yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera memberi contoh hukuman sebat akan dikenakan ke atas mereka yang berzina, membuat fitnah dan minum arak manakala penjara ke atas mereka yang murtad atau berfahaman Syiah.
Beliau turut melahirkan kebimbangan jika kes curi, rompakan dan liwat akan terkeluar daripada undan-undang Persekutuan dan diletak di bawah undang-undang syariah.
“Ia bukan sekadar memberi kuasa hampir mutlak kepada sistem undang-undang syariah dalam penentuan hukuman, ia akan turut memisahkan masyarakat serta menyekat kebebasan peribadi umat Islam. Apakah jaminan bahawa sistem ini akan mengadili dengan adil?,” soal Zairil. –Kedahnews.com