Ummi Nazeera Mengaku Sedang Berkenalan Seorang Lelaki


SETELAH sekian lama tidak terpalit dengan gosip cinta, pelakon cantik manis Ummi Nazeera akhirnya mengakui sedang mengenali hati budi seseorang.

Pun begitu, Ummi, 26, menyifatkan hubungan itu masih dalam peringkat berkawan.

Menurut Ummi, dia menemui lelaki itu selepas diperkenalkan sendiri oleh ibu pemuda berkenaan setahun lalu.

“Apa yang boleh saya katakan saya masih solo selagi belum mempunyai sebarang ikatan perkahwinan.

“Bagaimanapun saya akui sedang berkenalan dengan seorang lelaki dan kami bertemu melalui keluarga,” katanya, memetik mStar.


Ummi bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai hubungan itu kerana merasakan ianya terlalu awal.

Namun, Ummi berjanji akan memaklumkan sekiranya dia merancang untuk berkahwin.

Dalam perkembangan lain, Ummi bakal muncul dalam filem televisyen berjudul Bisik Pada Langit. –Kedahnews.com