VIDEO VIRAL: "Kau Da Tumbok Muke Laki Aku!! Kau Tunggu!!"


Sebuah rakaman video yang memaparkan seorang lelaki berbaju-T Polo berwarna biru yang didakwa sebagai pembuli jalanan dan menumbuk pengguna jalan raya yang lain menjadi viral di kalangan warga netizen sejak semalam.

Video tersebut dimuat naik ke Facebook oleh isteri mangsa yang mendakwa lelaki berkenaan telah menumbuk suaminya.

"Samseng jalanan!!! Kau da tumbok muke laki aku!! Kau tunggu!!" tulis pemilik Facebook yang dikenali sebagai NorFarahain Minhat tentang kejadian yang dipercayai berlaku di Melaka, semalam.


Wanita itu mendakwa dihimpit kereta lelaki berkenaan ketika mahu memotong sebelum diekori dari Cheng ke Bachang.

"Dari Cheng sampai Bachang dia follow (ikut). Sampai Bachang terus himpit kereta kitorang suruh turun. Laki aku turun terus dia shoot!! (tumbuk).

"Salah kitorang memotong ke tak (memotong) ke, apa hak dia nak pukul orang!!," luahnya lagi.

Walaupun tiada sebarang rakaman yang menunjukkan mangsa ditumbuk, pelayar tersebut telah memuatnaik bukti pemeriksaan doktor terhadap mangsa iaitu suaminya.


"Yang kongsi dan nak bukti sangat, nah bukti doktor. Kalau awak kat tempat saya, awak tahu ke turun kereta tu nak kena tumbuk?," tulisnya membidas pengguna Facebook lain yang mempertikaikan kesahihan kejadian berkenaan. -Kedahnews.com