Viral Foto Bogel Tersebar: Atikah Bakal Ambil Tindakan Perundangan

Sebelum ini, pernah tercetus dakwaan kontroversi yang mengatakan terdapat sebuah video terlarang yang mengaitkan diri pelakon Atikah Suhaime bersama dua berbadan sasa, Idris Khan dan Ammar Alfian Aziz.

Namun, hal itu reda dengan sendirinya selepas tiada sebarang bukti kukuh berhubung dakwaan tersebut.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini beberapa foto bogel seorang gadis yang didakwa adalah Atikah dan Idris telah tersebar secara meluas di sebuah forum bual bicara hiburan.

Susulan itu, Atikah yang ketika ini masih bercuti Hari Raya AidilAdha di kediaman keluarganya di Singapura akan mengambil tindakan undang-undang berhubung penyebaran foto berkenaan.

Hal itu diluahkannya menerusi ruangan komen di laman Instagramnya, selepas dia ditanya mengenai perkara itu oleh peminat yang menyarankannya untuk membuat laporan polis sekiranya perkara itu adalah fitnah.

Atikah, Idris dan Ammar sebelum ini pernah berlakon bersama dalam sebuah drama berjudul Puteri Gunung Ledang yang kebanyakan lokasi penggambarannya berlangsung di Hulu Langat, Selangor. – Kedahnews.com