Wani masih belum terfikir untuk mencari cinta kerana ingin memberi fokus kepada karier, pelajaran dan perniagaan. Foto Ihsan Instagram @wanimusic |
Penyanyi yang popular menerusi lagu Lepaskan iaitu Wani mendedahkan dia sering menerima mesej di laman sosial daripada peminat lelaki yang ingin mendekatinya.
Wani atau nama sebenarnya Nursyazwani Selamat, 19, bagaimanapun berkata, dia tidak pernah membalas sebarang mesej berkenaan kerana menganggap ia sebagai satu bentuk gurauan daripada peminat.
"Ada yang pernah menyuarakan hasrat mendekati tetapi saya tidak pernah mengambil serius soal tersebut sebaliknya menganggap ia sebagai gurauan sahaja di laman sosial.
"Apabila bergelar selebriti pada saya itulah asam garam yang perlu saya tempuh dan paling baik jangan melayan atau balas mesej yang berbuat seperti itu," katanya.
Dalam pada itu, Wani berkata, dia belum bersedia memikirkan soal cinta buat masa ini kerana merasakan masih terlalu awal untuk berbuat demikian.
Katanya, selain ingin memberi fokus kepada kerjaya dia tidak mahu perkara itu menggangu pengajiannya di universiti.
"Saya masih muda dan ada perkara lain yang perlu saya beri perhatian terutamanya karier, keluarga dan pelajaran," ujarnya.
Sementara itu, Wani berkata, selain menyanyi dan bergelar pelajar, dia juga sibuk membantu menguruskan restoran miliknya iaitu Medan Chicken Chop yang beroperasi di Batu Pahat, Johor sejak tahun lalu.
Katanya, dia membuka restoran berkenaan sebagai pelaburan untuk masa hadapan sementara namanya masih relevan dan dikenali sebagai penyanyi.
"Alhamdulillah rezeki yang saya dapat melalui kerjaya sebagai penyanyi saya laburkan menerusi perniagaan selain menampung pengajian saya di Universiti Terbuka dalam bidang Pengajian Islam.
"Sementara nama saya masih relevan, perniagaan ini sebagai pelaburan masa hadapan dan syukur ia semakin berkembang maju sejak dibuka setahun lalu," katanya.
Tambah dia restoran itu menyediakan makanan seperti chicken chop, nasi ayam penyet, nasi lemak dan makanan barat.
Bercakap mengenai kerjaya nyanyiannya, Wani dia kini bernaung di bawah label Fantasia Music City (FMC) dan bakal muncul dengan single terbaharu berjudul Kembalilah hasil ciptaan DJ Fuzz dan Raqib.
Selain itu, Wani berkata, dia juga mula berjinak-jinak dalam bidang lakonan dan percubaan pertamanya menerusi watak sampingan dalam drama bersiri Si Kolot Suamiku yang sedang ditayangkan di Astro Ria.
"Biarpun hanya satu babak dengan watak sampingan, pengalaman tersebut memberi satu persepsi baru kepada saya bahawa berlakon tidak mudah seperti apa yang disangka apatah lagi ia memerlukan masa yang agak lama di set penggambaran," jelasnya.
Sumber: mStar