Yang Didukung Itu Orang Lain, Bukan Saya - Amira Othman


Penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia pada 2013 (AF 2013), Amira Othman menafikan dakwaan didukung sewaktu menjayakan satu babak dalam drama terbaharunya Abang Bomba I Love You.

Menurut kata Amira kepada laman mStar, babak itu sebenarnya dilakukan oleh pelakon tambahan.

Tambah pelakon berusia 23 tahun ini, dia masih menjaga batas-batas dalam lakonannya sebagai seorang wanita yang bertudung.

“Ramai bertanya tentang babak dukung itu, wanita yang kena dukung itu bukan saya tetapi orang lain, jangan risau kerana saya akan jaga batas-batas dalam lakonan.

“Insya-Allah, saya bawa imej wanita bertudung dan saya tahu sejauh mana batas-batas yang perlu dijaga,” katanya.


Menerusi drama bersiri itu, Amira memegang watak utama bergandingan dengan aktor kacak Hisyam Hamid. Difahamkan ia adalah drama sulung penyanyi ini.

“Saya bimbang juga ketika diberi watak utama kerana saya tidak pernah berlakon sebelum ini, namun saya berterima kasih kerana memberi peluang kepada pendatang baru seperti saya,” jelasnya.


Perkembangan terbaharu Amira, dia bakal muncul dengan single baharu yang berjudul Jaga-Jaga yang mana menjadi lagu tema untuk drama lakonannya itu. – Kedahnews.com