Shamsol menyempurnakan gimik pelancaran “medical pad” kepada bekas atlet di Hotel Holiday Villa |
ALOR SETAR - Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) memerlukan dana RM3 juta setahun bagi membiayai kos perubatan ahlinya.
Ahli Lembaga Pengarah Yakeb, Shamsol Ini berkata, walaupun Yakeb ditubuhkan di bawah Kementerian Belia dan Sukan, dan menerima peruntukan hampir RM2 juta setahun daripada Kementerian Kewangan, namun ia masih belum mencukupi.
“Selain Kementerian Kewangan pihak Yakeb turut menerima sumbangan daripada orang perseorangan dan beberapa pihak,”katanya, pada media di sini kelmarin.
Menurutnya, sehingga kini, Yakeb mempunyai ahli seramai 3,000 orang dan mereka memerlukan kos hampir RM3 juta setahun untuk membiayai perubatan ahli terutama bekas atlet yang lanjut usia dan memerlukan rawatan berkos tinggi.
“Pertambahan ahli baru juga berlaku setiap tahun. Apabila Sukan Sea tiba, beratus-ratus atlet dihantar mewakili kontinjen negara, dan golongan ini akan menjadi ahli Yakeb nanti.
“Memang syarat utama untuk menjadi ahli adalah atlet terbabit pernah mewakili negara dalam mana-mana sukan di Sukan Sea, oleh sebab itu, jumlah kami bertambah setiap tahun,” katanya.
Shamsol berkata, keadaan ekonomi semasa yang menekan memberi kesan lebih buruk terutama kepada mereka yang bekerja sendiri dan mengharapkan bantuan daripada Yakeb untuk kelangsungan hidup.
Terdahulu, Shamsol melancarkan “Medical Pad” kepada 120 bekas atlet negara Kedah dan Perlis untuk merekodkan catatan doktor setiap kali terima rawatan di Kedah Medical Centre (KMC).
Menurut Shamsol, kad terbabit yang pertama kali dilancarkan di Kedah berfungsi untuk menggantikan surat jaminan yang sebelum ini perlu didapatkan daripada pihak Yakeb.
“Dengan adanya kad itu, ia lebih memudahkan ahli kita mendapatkan rawatan kerana mereka hanya perlu membawanya ketika ke hospital,”katanya.
Sumber: Sinar Harian