Menghidap demam akibat virus Zika umumnya dikatakan merebak melalui gigitan nyamuk jenis aedes, namun menurut kajian terkini ia juga boleh merebak melalui hubungan seks dan pemindahan darah.
Kajian mendapati virus Zika ini boleh berada dalam badan manusia dari 21 hari hingga 6 bulan. Jadi, mereka yang dijangkiti virus ini dinasihatkan untuk tidak mengadakan hubungan seks dalam tempoh itu bagi mengurangkan pendedahan risiko kepada pasangan.
Berikut adalah perkara yang perlu anda tahu mengenai Zika dan Seks yang dikongsikan oleh Pengarah D1SC, MIMPA dan Malaysian Medical Gazette, Dr. Mahesh Appannan:
1. Virus Zika boleh terkandung dalam darah, air kencing, air mani atau cecair faraj. Ada kajian mengatakan virus Zika boleh bertahan dalam badan manusia dari 21 hingga 30 hari, ada pula mengatakan selama lapan minggu malah ada mengatakan ia boleh berada dalam badan selama enam bulan. Tetapi hingga kini, kajian masih dilakukan bagi mengenal pasti tempoh virus Zika dapat bertahan dalam badan manusia.
2. Bagi lelaki, virus Zika boleh berada dalam air mani selama enam bulan sementara untuk wanita, virus tersebut boleh terkandung dalam ceciar faraj sehingga dua bulan. Ini bermakna jika wanita yang dijangkiti virus Zika melakukan hubungan seks dalam lingkungan dua bulan, risiko pasangan mereka dijangkiti virus Zika adalah tinggi. Manakala jika kaum lelaki yang dijangkiti virus Zika melakukan hubungan seks dengan pasangannya, risiko pasangan mereka mendapat virus Zika adalah tinggi dalam tempoh enam bulan ini.
3. Penggunaan kondom sangat penting dan boleh mengurangkan risiko menjangkiti virus Zika melalui hubungan seks. Jika seseorang tidak melakukan sebarang hubungan seks termasuk seks luar tabii dan seks oral, ia akan menghapuskan risiko dijangkiti atau menyebarkan virus Zika sama sekali.
4. Mengikut garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sekiranya seseorang sudah dijangkiti virus Zika, untuk kaum lelaki adalah disarankan menggunakan kondom atau tidak melakukan hubungan seks sekurang-kurangnya enam bulan dari hari pertama simptom Zika. Manakala bagi kaum wanita, sekurang-kurangnya dua bulan atau lapan minggu. Bagi sesiapa yang baharu sahaja balik dari negara yang endemik Zika, mereka dinasihatkan untuk gunakan perlindungan iaitu kondom atau tidak melakukan hubungan seks selama lapan minggu atau dua bulan.
Jadi, kepada mereka yang dijangkiti virus ini disarankan menggunakan kondom atau lebih mudah untuk tidak melakukan hubungan seks sekurang-kurangnya enam bulan dari hari pertama menerima simptom Zika.
Setakat ini, sebanyak tiga kes virus Zika dilaporkan di negara ini termasuk melibatkan seorang wanita hamil di Johor Bahru.
Kes pertama melibatkan virus ini di negara pada awal September lalu, membabitkan seorang wanita dari Klang, Selangor dijangkiti selepas pulang dari Singapura dan kes kedua membabitkan seorang lelaki di Sabah meninggal dunia akibat komplikasi jantung. – Kedahnews.com