KUALA LUMPUR – Pemain perseorangan profesional, Zulfadli Zulkifli akhirnya berjaya meraih gelaran sulung di pentas antarabangsa selepas menjuarai Terbuka Brazil, semalam.
Kejayaan itu hadir selepas pemain berusia 23 tahun itu menewaskan pemain India, Anand Pawar 18-21, 21-11, 21-17 dalam aksi final yang berlangsung selama sejam 20 minit.
Zulfadli belum pernah meraih gelaran juara di pentas antarabangsa sejak memasuki saingan peringkat senior biarpun muncul juara remaja Asia dan dunia pada 2011.
Kejuaraan dalam kejohanan bertaraf Grand Prix itu pastinya menjadi tonik terbaik buat Zulfadli yang akan beraksi pada saingan Terbuka Jepun, dua minggu lagi.
Sumber: BHarian