PUTRAJAYA – Kira-kira 2,000 orang menyertai Majlis Doa Selamat dan Kesejahteraan Negara Malaysia bersempena Seabad Jabatan Penerangan (Japen) di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin kelmarin.
Majlis yang dihadiri oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dr. Salleh Said Keruak dimulakan dengan solat Maghrib diikuti dengan zikir munajat Asmaul Husna, solat Isyak, solat hajat dan doa untuk kesejahteraan negara.
Ketua Pengarah Japen, Ibrahim Abdul Rahman dalam ucapannya berkata majlis itu adalah program pembuka tirai kepada aktiviti-aktiviti sambutan Seabad Jabatan Penerangan yang bermula 1 Oktober bagi meraikan penubuhannya sejak 1910.
“Konsep Perayaan Seabad Japen adalah berteraskan pengukuhan jentera komunikasi kerajaan secara profesional dan berwibawa dalam meneruskan kecemerlangan negara dalam pelbagai dimensi.
“Merakyatkan keberadaan Japen dengan penglibatan masyarakat pelbagai kaum dan membudayakan pembangunan kandungan kreatif dan teknologi digital dalam kalangan warga Japen,” katanya.
Ibrahim berkata pelbagai aktiviti diatur selama setahun bagi sambutan itu bermula Oktober ini hingga Oktober 2017 berlandaskan elemen komunikasi bersemuka dan digital.
Menyingkap kembali sejarah Japen, katanya pada zaman penjajahan British, ia diwujudkan bagi menjaga kepentingan British dengan membuat aktiviti promosi dan penerbitan terhadap kepentingan perdagangan kerajaan British di Tanah Melayu.
Menurutnya jabatan itu melalui pelbagai fasa dalam menjalankan peranannya untuk menyatupadukan minda rakyat berbilang bangsa sejak zaman penjajah, darurat, selepas merdeka dan sehingga kini.
“Kini kita berhadapan dengan cabaran baharu bagaimana untuk terus menyuntik semangat dan keyakinan rakyat agar memberikan kepercayaan kepada dasar-dasar negara yang dilaksanakan demi mempertahankan demokrasi negara, pembangunan ekonomi yang mampan dan kemakmuran negara boleh terus dinikmati oleh semua golongan rakyat secara berterusan,” katanya.
Ibrahim berkata bagi mengatasi cabatan itu, Japen mengubah cara bekerja dan bergerak seiring dengan perkembangan menggunakan teknologi komunikasi tanpa melupakan cara komunikasi bersemuka dalam memasarkan maklumat kepada rakyat. – BERNAMA