Penduduk Kampung Nawa menunjuk bil elektrik terakhir yang mereka terima sejak Jun lalu. |
POKOK SENA - Kegagalan kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) menghantar bil elektrik yang tertunggak hampir empat bulan ke rumah penduduk di Kampung Nawa Mukim Lesong menyebabkan mereka terbeban dengan jumlah bil yang tertunggak.
Razali Hanafi, 58, berkata, penduduk kecewa kerana sudah sekian lama tidak menerima bil elektrik selain tidak menerima kunjungan kakitangan TNB.
Menurutnya, kegagalan pihak berkenaan menyebabkan penduduk terpaksa menyimpan wang dengan masa lama untuk membayar bil dan ini menyusahkan mereka.
"Setiap bulan, bil elektrik kami mencecah RM500 kerana guna peti ais untuk perniagaan. Oleh kerana mereka gagal datang hantar bil, ini bebankan kami.
"Dah empat bulan mereka tak datang hantar bil dan saya terpaksa simpan hampir RM2,000. Saya bimbang wang itu akan dibelanjakan untuk keperluan lain," katanya.
Razali berkata, dia sendiri pernah bertanya kepada seorang kakitangan TNB yang datang bekerja di kampung berhampiran dan dimaklumkan mereka tidak cukup kakitangan untuk datang menilai kegunaan elektrik di kampung itu.
"Masalah seperti ini belum pernah berlaku dan saya berharap selepas ini mereka dapat maklumkan kepada pengguna terutamanya kami yang tinggal di luar bandar.
"Saya difahamkan kini TNB sedang melakukan perubahan di nombor akaun pembayaran tetapi pihak berkenaan perlu memaklumkan kepada pengguna terutama penduduk yang masih gagal menguasai sepenuhnya dalam dunia teknologi maklumat," katanya.
Sementara itu, Mohd Azam Ahmad, 50, berkata, tindakan TNB yang gagal menyerahkan bil kegunaan elektrik seperti selalu mengecewakan penduduk di situ.
Menurutnya, tindakan pihak TNB membebankan penduduk terutamanya yang berpendapatan rendah dan terpaksa mengumpul duit untuk membayar bil berkenaan.
"Sebagai penoreh getah, walaupun bayaran bulanan bil elektrik rumah saya sebanyak RM50 saja setiap bulan, tetapi jika dihimpunkan sudah pasti banyak bagi kami.
"Keadaan jadi lebih teruk dengan musim sekarang apabila kerja menoreh tak dapat dilakukan ketika hujan," katanya.
Katanya, dia pernah pergi membayar bil elektrik kepada ejen TNB di Bank Simpanan Nasional di Kubur Panjang dan mereka enggan menerima wang itu kerana bimbang termasuk ke akaun pengguna lain tanpa bil rasmi.
"Kami harap TNB dapat selesaikan masalah itu secepat mungkin supaya tak bebankan lagi kehidupan kami dengan kos hidup yang makin tinggi," katanya.
Sumber: Sinar Harian