ALOR SETAR - Kenyataan Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang mempelawa bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir menyertai UMNO semula disifatkan sebagai memalukan UMNO Kedah dan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Ahli Dewan Undangan (Adun) Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin meluahkan rasa terkilan beliau atas kenyataan tersebut dan mempersoal Annuar mengeluarkan kenyataan yang dianggap tidak wajar itu.
"Sebagai Wakil Rakyat dalam Dewan Undangan Negeri Kedah, merasa amat terkilan dengan kenyataan Ketua Penerangan UMNO tersebut.
"Ia amat memalukan UMNO Kedah dan tamparan kepada Presiden UMNO yang mengambil keputusan berani menukar Datuk Seri Mukhriz kepada Datuk Seri Ahmad Bashah," katanya dalam satu kenyataan media yang diterima Kedahnews.com.
Tegas Ahmad, kenyataan Annuar itu juga seolah-olah mencabar keputusan yang telah diambil oleh majoriti ahli UMNO di negeri Kedah dan tidak yakin pada kepimpinan Ahmad Bashah yang berpengalaman luas dalam arena politik tempatan di negeri itu.
"Saya amat tidak bersetuju dengan kenyataan MT UMNO ini. Kami ahli UMNO Kedah rasa tercabar dengan kenyataan beliau. Apakah Tan Sri Annuar Musa tidak yakin dengan kebolehan Menteri Besar Kedah sekarang ini?
"Apakah perjuangan kami selama ini di mana saya sendiri yang mengapalai penyingkiran Mukhriz dianggap oleh Tan Sri Annuar sebagai satu tindakan yang salah, oleh kerana itu, beliau menjemput Mukhriz untuk kembali pada UMNO?," persoal beliau.
Annuar sebelum ini dalam satu kenyataan mengatakan bahawa UMNO masih membuka ruang kepada Mukhriz untuk kembali ke pangkuan parti itu.
Walau bagaimanapun jemputan Annuar itu telah diperlekeh Mukhriz, sekaligus menolak pelawaan tersebut dalam satu kenyataan balas. -Kedahnews.com