PELAKON Ammar Alfian sedang mempertimbangkan untuk membuat laporan polis selepas tersebarnya mesej di laman sosial menuduh dirinya menjalankan kegiatan mengugut individu tertentu bagi mendapatkan wang tambahan.
Tambah Ammar, dia akan mengambil tindakan terhadap individu yang memburukkan namanya jika tuduhan yang dilemparkan tidak mempunyai sebarang bukti kukuh.
“Saya tidak ambil pusing segala tuduhan tersebut tetapi saya akan membuat laporan polis kerana dengan sewenang-wenangnya mengaitkan nama saya tanpa sebarang bukti,” katanya kepada mStar Online.
Ammar sebelum itu dihubungi mStar yang bertanyakan soalan berkaitan satu kiriman mesej yang mendakwa dia menyimpan foto-foto bogel wanita dengan tujuan yang tidak baik.
Dalam mesej tersebut, individu berkenaan mengatakan bahawa Ammar sering mengugut untuk menyebarkan gambar-gambar tersebut kepada umum jika tidak memberikan wang yang diminta kepadanya.
Sebelum ini Ammar pernah dituduh menjadi dalang penyebaran gambar bogel kononnya milik pelakon Idris Khan dan Atikah Suhaime. – Kedahnews.com