"Apa Yang Elly Marah Sangat? Saya Bukan Perampas" – Faye


SELEPAS tampil mengakui bekas suami Elly Mazlein, Pengarah Azmi Hatta merupakan kekasihnya kini, pelakon Faye Kusairi melahirkan rasa bingungnya dengan tindakan Elly yang memarahinya seolah-olah merampas bekas suami penyanyi itu.

Memetik artikel sebuah portal hiburan, Faye berkata: “Saya nak tahu juga apa yang Elly marah sangat kepada saya? Saya bukannya perampas. Saya dengan Azmi mula serius baru-baru ini sahaja. Hubungan kami masih terlalu baharu lagi.

“Sebab itu saya nafikan yang saya ini menjadi punca kepada penceraian mereka. Saya masih ada otak untuk berfikir. Saya bukannya jenis yang akan kacau hal rumah tangga orang lain,” katanya.

Faye sebelum ini menjelaskan dia hanya mula mengenali rapat dengan Azmi selepas dua bulan lelaki itu bercerai dengan Elly iaitu pada Disember tahun lalu.

Selepas pengakuan Faye bercinta dengan Azmi, Elly memuat naik satu status sarkastik di Instagramnya, mendoakan agar Faye bahagia dan menyuruh aktres itu menjaga Azmi dengan baik.

Elly dan Azmi bercerai pada 15 Oktober 2015 selepas 11 bulan berumah tangga.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia tujuh bulan. –Kedahnews.com