SINGAPURA - ASEAN menolak cadangan berapa negara barat yang mahu ‘menghalalkan’ penggunaan beberapa jenis dadah untuk maksud tertentu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
“Acuan ini kita tidak dapat terima. Negara ASEAN sependapat acuan ASEAN sesuai dengan ASEAN. Satu hati satu pendirian, kita tolak.
“Soal dadah adalah toleransi sifar bagi kita,” kata Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Kelima Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Dadah (AMMD), di sini semalam.
Malaysia dipertanggungjawabkan oleh AMMD Ke-4 untuk menyampaikan Kenyataan ASEAN pada Sidang Khas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu mengenai Masalah Dadah Dunia pada 2016 (UNGASS 2016) di New York April lepas.
“Kenyataan itu dengan jelas menyatakan pendirian tegas kita terhadap pengharaman dadah, selaras dengan tiga konvensyen kawalan dadah antarabangsa sedia ada dan instrumen antarabangsa relevan lain, dan pada masa sama untuk mengekang usaha oleh beberapa negara untuk menjadi “lebih liberal” terhadap dadah,” kata Ahmad Zahid.
Beliau mengambil perhatian bahawa persoalan seterusnya adalah “apa pelan tindakan kita sebagai persediaan bagi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA) pada 2019 apabila Deklarasi Politik 10 tahun dan Pelan Tindakan 2009 berakhir.”
“Adakah ketetapan dan pendirian kita dapat dikekalkan dan meneruskannya sehingga pasca 2019?”
Oleh itu, pada mesyuarat itu, Ahmad Zahid menggesa supaya ASEAN, menerusi mesyuarat itu, perlu memutuskan pelan tindakan akan datang untuk menyelaraskan kerja dan usaha strategi.
“Ini untuk memastikan pendirikan kita terhadap pengharaman dadah terjamin pada UNGA akan datang pada 2019 apabila pelan tindakan baharu mengenai masalah dadah dunia diputuskan,” katanya.
Singapura menjadi tuan rumah mesyuarat dua hari itu yang berakhir hari ini.
Dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri dan Menteri Undang-Undang K.Shanmugam, mesyuarat itu menghimpunkan pemimpin ASEAN untuk membincangkan dan membentuk respons sepakat rantau itu terhadap masalah dadah serantau.
Shanmugam yang turut hadir pada sidang media itu memuji Malaysia yang mengambil pendirian amat tegas dalam memerangi dadah.
“Kami di ASEAN mempunyai satu pendirian. Awal tahun ini pada UNGASS, Malaysia mengambil pendirian tegas bagi pihak semua negara ASEAN, sesuatu yang amat baik bagi kami kerana ia menetapkan rentak kepada bagaimana kami mengendalikan mesyuarat ini,” katanya.
Shanmugam mengambil perhatian bahawa Malaysia dan Singapura bekerjasama rapat dalam memerangi dadah dan negara ASEAN lain juga sependapat.
Pejabat PBB mengenai Dadah dan Jenayah menganggarkan lebih tiga juta pengguna heroin dan lima juta pengguna methamphetamine di Asia Timur dan Asia Tenggara.
Pada masa sama, rantau itu juga kini merupakan antara pasaran terbesar methamphetamine di dunia.
Antara 2009 dan 2014, kuantiti methamphetamine dirampas di Asia Timur dan Asia Tenggara meningkat kira-kira empat kali ganda kepada hampir 50 tan.- BERNAMA