SHAH ALAM – Operator di lebih 10,000 kantin sekolah dan asrama harus memastikan tahap kebersihan dan keselamatan makanan yang disediakan adalah berkualiti serta mematuhi garis panduan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata ia adalah bagi mengelak kes keracunan melibatkan murid dan pelajar ketika di sekolah meningkat setiap tahun selain memastikan nutrisi makanan yang dijual sentiasa terpelihara.
“Sebanyak 153 kes keracunan makanan di sekolah dan asrama melibatkan lebih 6,000 murid dan pelajar direkodkan setakat ini bagi 2016. Ini semua menunjukkan masih ada kelemahan dalam proses penyediaan makanan.
“Disebabkan itu, kami amat sarankan penyedia makanan supaya ambil langkah perlu dalam memastikan makanan yang mereka sedia adalah bersih dan sihat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Anugerah Kantin Bersih, Selamat dan Sihat di sini hari ini.
Tambahnya, kira-kira 11,400 pemeriksaan telah dilakukan ke atas kantin dan asrama sekolah di seluruh negara setakat September lepas, dengan 64 premis ditutup serta 332 notis kesalahan berkaitan kebersihan dikeluarkan.
KKM dan Kementerian Pendidikan tidak akan berkompromi dengan operator kantin atau asrama sekolah yang berdegil dan mengabaikan aspek kebersihan serta keselamatan makanan, tegas menteri itu.
Dr Subramaniam seterusnya menasihatkan penyedia makanan supaya tidak memasak atau menyentuh hidangan sekiranya tidak sihat atau mempunyai sebarang penyakit berkaitan tangan.
“Jika (penyedia makanan) tidak sihat, jangan sediakan makanan…begitu juga jika peti ais rosak, bahan-bahan mentah di dalamnya tidak boleh digunakan kerana mungkin risiko tercemar,” katanya.
Sekolah Kebangsaan Setiawangsa, Kuala Lumpur muncul juara keseluruhan Anugerah Kantin Bersih, Selamat dan Sihat 2016 dan membawa pulang wang tunai RM4,500, trofi serta sijil.
Dalam perkembangan lain, beliau memberi jaminan bahawa KKM akan tetap memberikan perkhidmatan terbaik walaupun peruntukan bagi kementerian itu dijangka berkurang pada pembentangan Bajet 2017, Jumaat ini.
Katanya, KKM masih mempunyai bekalan perubatan yang mencukupi dan bagi hospital yang agak kritikal, peruntukan tambahan sedia ada akan disalurkan untuk memastikan operasi harian tidak terganggu.
“Saya dan arahkan KSU (ketua setiausaha KKM) untuk mengenal pasti hospital yang berpotensi kehabisan bekalan perubatan untuk kita salurkan bajet tambahan,” katanya. – BERNAMA