Azmi Terbayang Wajah Faye Selepas Solat Istikharah


“SELEPAS bercerai saya terdetik untuk melakukan solat Istikharah, sebagai lelaki normal sudah tentu saya mempunyai hajat untuk beristeri dan zuriat.”

Itulah kata-kata bekas suami Elly Mazlein iaitu Azmi Hatta ketika ditemui oleh Mstar Online menjelaskan bagaimana dia mendapat ‘semangat’ untuk meneruskan perhubungan dengan pelakon Faye Kusairi.

Menurut Azmi bayangan wajah Faye muncul selama empat hari berturut-turut setelah dia melakukan solat istikharah dalam mencari pengganti suri hatinya.

“Allah telah memperkenankan hajat saya. Saya dikurniakan ilham dan menampakkan wajah Faye Kusairi. Demi Allah selama empat hari berturut-turut saya dikurniakan bayangan yang sama,” jelasnya, memetik laporan Mstar.

Namun situasi berkenaan membuatkannya berasa hairan kerana sepanjang berkecimpung dalam arena seni,  dia tidak pernah bertegur sapa dengan Faye.


Sehinggalah mereka dipertemukan menerusi sebuah drama yang diarah oleh dirinya sendiri yang turut menampilkan Faye sebagai salah seorang pelakonnya.

Maka dari saat itulah dia nekad untuk berhubung dengan pelakon wanita itu dan memulakan sesi perkenalan.

“Perkara itu membuatkan saya nekad untuk berhubung dengan Faye menerusi mesej dan perkenalan kami bermula akhir Disember 2015,” katanya.

Namun segala-galanya tidak berjalan lancar apabila Faye menolak untuk berkenalan kerana statusnya sebagai suami kepada Elly Mazlein.

Tetapi setelah dia menunjukkan sijil cerainya dengan Elly, barulah Faye bersetuju untuk mengenalinya.

Malah hasrat untuk mengenali Faye dengan lebih mendalam turut dipanjangkan oleh Azmi kepada keluarganya memandangkan pada saat itu status rumah tangganya dengan Elly belum lagi diketahui umum.


Dalam pada itu, Azmi juga turut menyeru agar netizen tidak lagi mencemuh kekasihnya itu dan tidak termakan dengan provokasi yang dilakukan oleh bekas isterinya itu.

“Provokasi yang dilakukan oleh Elly sejak akhir-akhir ini membuatkan pengikutnya rancak mencemuh saya dan Faye tanpa tahu hal sebenar.

“Nama baik Faye dan keluarganya telah tercemar dengan pelbagai fitnah sehingga dia tertekan dan sering menangis,” katanya.

Azmi dan Elly berkahwin pada November 2014 dan bercerai pada Oktober 2015 ketika penyanyi itu hamil empat bulan. -Kedahnews.com