Bayi Berkepala 2 Meninggal Dunia Selepas 32 Jam Lahir

BAYI berkepala dua yang dilahirkan di India pada Isnin lalu dan disifatkan doktor sebagai `ajaib’ telah meninggal dunia selepas 32 jam dilahirkan.

Bayi lelaki itu dilahirkan oleh seorang gadis berusia 20 tahun di Kolej Perubatan Jawaharlal Nehru dengan berat 2.5 kilogram.

Menurut Dr Jaiprakash Narayan, sebaik sahaja berita mengenai kelahiran bayi kepala dua itu tersebar, orang ramai mahu melihatnya.

Beliau berkata, ia merupakan anak sulung dan ibunya pula langsung tidak menjalani pemeriksaan ketika mengandung. Bayi tersebut juga mengalami masalah kesihatan.

Doktor pada mulanya mahu membedah bayi terbabit namun kemudiannya menukar fikiran kerana ia terlalu sukar. Ia mungkin boleh dilakukan kepada bayi kembar siam tetapi dalam kes ini bayi tersebut berkongsi tangan dan kaki.

Meskipun bayi itu ditempatkan di unit rawatan rapi, namun ibu bapanya memutuskan untuk membawa anak mereka pulang dan tidak lama kemudian, dia meninggal dunia.

Ibu bapanya yang teramat sedih dengan kematian anak mereka terpaksa mendapatkan sokongan daripada anggota keluarga yang lain. -Kedahnew.com