SUNGAI PETANI - Seorang wanita sedang mengandung hanya dijangka akan melahirkan anak keduanya itu hujung bulan ini.
Namun jangkaan itu meleset apabila dia terpaksa melahirkan anaknya itu di sebuah restoran makanan segera di sini.
Ketika kejadian, Nur Haslina Abdul Halim, 29, suaminya Mohd Lufti Hussein dan anak lelaki mereka sedang makan di restoran Marrybrown di Amanjaya Mall di sini apabila air ketubannya patah.
Dia bernasib baik apabila pengurus Marrybrown Aman Jaya, Shahrizal Daud, 43, yang juga ibu kepada lapan orang anak cepat bertindak mengawal keadaan.
Dia segera menghubungi Hospital Sultan Abdul Halim yang terletak berdekatan sementara kakitangan wanitanya membantu Nur Haslinah ketika kejadian pada kira-kira pukul 10.40 malam pada Ahad lalu.
Lebih bernasib baik apabila seorang jururawat swasta yang secara kebetulan berada di lokasi kejadian tampil menghulurkan bantuan sebelum ketibaan kakitangan perubatan dari hospital.
Pada kira-kira pukul 11.10 malam, bayi perempuan seberat 2.59kg selamat dilahirkan.
Mohd Lufti, ketika ditemui di wad bersalin hospital itu pada Isnin berkata, dia bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar.
"Kami berada di pusat membeli-belah itu untuk membeli beberapa barangan bayi dan turun ke Marrybrown untuk makan.
"Semasa makan Nur Haslinah berkata dia berasa tidak selesa dan saya telah merancang untuk menghantarnya ke hospital. Tetapi nampaknya anak perempuan saya ini begitu tidak sabar dan saya berterima kasih atas bantuan semua pihak.
"Isteri saya dan anak saya boleh pulang ke rumah (hari ini)," katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Marrybrown, Datuk Joshua Liew, 37, turut teruja apabila dia dimaklumkan mengenai berita kelahiran itu.
"Memandangkan Mohd Lufti berasal dari Johor, Marrybrown Johor akan menganjurkan sambutan besar-besaran untuk menyambut 'Bary Marrybrown' apabila dia kembali ke Johor untuk bertemu saudara-mara," katanya.
Tambah beliau bayi itu juga akan menikmati majlis hari jadi percuma bersama rakan-rakan dan saudara-maranya di mana-mana cawangan Marrybrown sehingga dia berusia 12 tahun.
"Ia adalah satu rahmat untuk kami (Marrybrown) kerana ibu saya, Datin Nancy Liew yang juga pengasas kami dilahirkan pada 2 Oktober," katanya.
Sumber: mStar