SEORANG lelaki dari Kenya tergamak melakukan jenayah rogol terhadap neneknya sendiri serta seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang merupakan anak jirannya.
Menurut Nairobi News, lelaki berusia 36 tahun itu merupakan bekas banduan yang baharu sahaja dibebaskan dari penjara beberapa bulan lalu atas kesalahan melakukan seks dengan lembu.
Suspek tertangkap selepas perlakuannya itu kantoi di tangan sepupunya, Samuel yang mendengar jeritan dari rumah neneknya.
Samuel kemudiannya dibelasah sehingga pengsan oleh suspek sebelum suspek melarikan anak perempuan jirannya dan merogol mangsa di ladang berdekatan sebelum meninggalkan tempat kejadian.
Kanak-kanak malang itu yang berlumuran darah ditemui jiran terdekat sebelum ibu bapa mangsa membawanya ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
Suspek dipercayai sudah ditahan pihak polis. –Kedahnews.com