Beli Nasi Lemak Anak Dara Untuk Ibu, Zizan Diusik Peminat


PELAKON dan pengacara Zizan Razak menerusi Instagram peribadinya berkongsi sekeping gambar bersama penjual ‘nasi lemak anak dara’.

Menerusi foto yang dimuat naik itu, Zizan menulis kapsyen berbunyi; “Alhamdulillah… demi ibu yang tercinta yang mengidam makan NASI LEMAK ANAK DARA dan sempena dengan ZIZAN RAZAK ANAK TERUNA TERENGGANU.. Zizan dibelanja oleh @sitihajjar_ahmad terima kasih daun pisang.. #merempit #y15zr #agv #rossi #nasilemakanakdara.”

Zizan seolah-olah langkah kanan apabila niatnya untuk membeli nasi lemak kepada ibu tercinta diberikan secara percuma oleh Siti Hajjar.

Malah Zizan juga sempat merakamkan selfie bersama pengasas nasi lemak anak dara tersebut.


Foto yang dimuat naik sejak 3 jam yang lalu menerima likes lebih 36.8 ribu oleh pengguna laman sosial dan peminat Zizan sendiri.

Walau bagaimanapun, foto yang dikongsi oleh Zizan melalui Instagramnya mengundang pelbagai ekspresi lucu dan lawak daripada peminatnya.

Sesetengah daripada peminatnya, ada yang mengatakan bahawa Zizan cuba untuk ‘mengorat’ Siti Hajjar dengan alasan membeli nasi lemak untuk ibu tercinta.

“Zan, mu pi sane nak beli nasi lemak ke atauu ade benda lain ni..😭😭,” tulis abangzur.

Manakala amieyyferrari pula; “Bro ambik anak dara tu buat bini 😂.”

“Cehceh bang zizang nak try la tu…,” tulis mandaut.

Hebat penangan ‘nasi lemak anak dara’, sehinggakan artis pun sanggup turun Shah Alam beli nasi lemaknya. Bagi yang belum merasa nasi lemak popular ini, jom pakat beratur. – Kedahnews.com