Anggota bomba mengusung mangsa cedera, sebelum dihantar ke hospital |
SUNGAI PETANI - Seramai 18 pendaki terkandas dengan salah seorang daripada mereka dipercayai terjatuh dan mengalami kecederaan ketika menuruni Gunung Jerai berdekatan laluan ke Bukit Hangus, Merbok, di sini, petang kelmarin.
Bagaimanapun, kumpulan pendaki terdiri daripada 12 lelaki dan enam perempuan itu berjaya dibawa turun oleh anggota bomba pada jam 3.51 pagi tadi.
Ketua Balai dan juga Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani, Ridzuan Nut Jamudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.42 petang semalam sebelum 10 pegawai dan anggota dikerah ke lokasi kejadian.
"Dengan bantuan dari seorang renjer hutan, dua anggota polis dan lapan malim gunung serta pasukan bomba sukarela tiba jam 11.56 malam di lokasi kumpulan pendaki itu.
"Mereka berada adalah pada ketinggian 600 meter dari paras laut berdekatan laluan ke Bukit Hangus. Sementara, jarak pendakian pasukan penyelamat ke lokasi kumpulan itu berada adalah kira-kira 3.4 kilometer dari Lembah Bujang.
"Apabila tiba dilokasi mendapati kumpulan pendaki itu dan seorang wanita berusia 21 tahun yang berat badannya 85 kilogram dalam kumpulan itu cedera dan tidak boleh berjalan," katanya, dalam kenyataan media, di sini, pagi semalam.
Katanya, pasukan penyelamat terpaksa menggunakan pengusung untuk membawa turun wanita tersebut dan anggota kumpulan pendaki itu selamat dibawa ke kaki gunung.
"Mangsa yang cedera kemudian dibawa menaiki jentera penyelamat dan paramedik (EMRS) bomba ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) bagi mendapatkan rawatan lanjut. Manakala, kesemua rakannya lain, selamat,"katanya.
Tambah beliau, gerakan mencari sedikit sukar keraa keadaan gelap, bagaimanapun kumpulan pendaki memberi kerjasama dengan berada di lokasi di laluan pendaki sehingga pasukan kami sampai ke lokasi hampir lima selepas menghubungi pihak kami.
Sumber: Sinar Harian