BANDAR SERI BEGAWAN – Kerajaan Brunei mengumumkan hanya mampu menawarkan 50 biasiswa kepada pelajar negara ‘kaya minyak’ itu yang berjaya melanjutkan pengajian ke luar negara tahun ini.
Pengurangan drastik itu terpaksa dilakukan berbanding lebih 100 penerima biasiswa ditawarkan setiap tahun sebelum ini untuk penuntut cemerlang dapat menyambung pelajaran ke mana-mana universiti di seberang laut.
Menteri Pendidikan Brunei, Dato’ Seri Setia Haji Suyoi Haji Osman menjelaskan, penurunan jumlah pemberian biasiswa kerajaan dibuat susulan semakan semula kewangan negara akibat senario kemelesetan ekonomi semasa.
“Kami cuba selaras dasar tawaran biasiswa. Saya fikir inilah masa terbaik untuk membuat penyelarasan sebaik mungkin ketika ekonomi agak sukar,” kata beliau dalam wawancara dengan akhbar tempatan The Brunei Times.
Sejumlah B$726.65 juta (kira-kira RM2.2 bilion) diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan untuk tahun fiskal semasa dengan cuma B$35.2 juta (sekitar RM106.9 juta) ditetapkan sebagai program biasiswa sesi 2016/2017.
Amaun kecil tersebut mencatatkan penurunan sebanyak 11 peratus daripada B$39.6 juta (sekitar RM120.3 juta) yang diperuntukkan pada tahun fiskal sebelum ini untuk tujuan pemberian biasiswa pelajar ke universiti asing.
“Kita sedang berusaha menyemak semula segala kursus yang diambil pelajar untuk menyambung pengajian kerana tidak mahu mereka apabila pulang ke tanah air gagal pula mendapat pekerjaan,” jelas Suyoi.
Beliau menambah, biasiswa tahun akademik akan datang bakal diberi dalam dua fasa menerusi Higher Education Centralised Admission System (HECAS), satu aplikasi atas talian untuk pemprosesan data penerima biasiswa.
Malah terang Suyoi lagi: “Pihak kerajaan masih memberi biasiswa dan jika ada keperluan, kementerian juga sedia menambah dana, namun ini hanya berdasarkan kepada permintaan semasa untuk mengawal pembaziran bajet.”
Lazimnya, penerima biasiswa kerajaan Brunei turut mendapat elaun sara diri bulanan sebanyak B$500 (RM1,520) selain elaun makanan B$150 (RM460) setiap bulan dan elaun buku tahunan berjumlah B$600 (RM1,822).
Susulan penurunan jumlah penerima biasiswa, beliau berkata, pihak kementerian mendapati ada peningkatan permintaan untuk skim pinjaman pendidikan disediakan kerajaan untuk penuntut melanjutkan pelajaran tinggi.
Bagaimanapun ujar Suyoi, senarai kursus untuk pengajian di luar negara turut dikaji semula bagi memastikan penerima pinjaman itu memilih subjek terbaik yang ada nilai di pasaran kerjaya. – Agensi