SEORANG murid mendakwa, semua peserta yang menyertai progam bina diri dikelolakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Kangsar bukan sahaja menggunakan ular dalam modul latihan tetapi turut dibawa ke kawasan perkuburan.
Astro Awani melaporkan, murid perempuan yang enggan namanya didedahkan berkata, mereka dibawa ke sebuah tanah perkuburan Kristian kira-kira jam 2 pagi.
Menurutnya, keadaan ketika itu sangat menakutkan sehingga menyebabkan dia trauma dan enggan mengikuti program motivasi anjuran APM lagi.
“Kami dikejutkan oleh jurulatih APM dan diarahkan berkawad kaki sebelum dibawa ke kubur.
“Jurulatih kata kalau kubur orang Kristian duduk sebelah gambar kalau kubur orang Melayu kena pegang batu nisan,” katanya.
Murid tahun enam itu berkata, dia menangis ketakutan dan masih segar dalam ingatannya segala aktiviti pada program motivasi berkenaan.
Sementara itu, bapa murid berkenaan kesal dengan tindakan APM yang bukan sahaja menggunakan ular dalam modul latihan tetapi juga dibawa ke tanah perkuburan pada program motivasi bina diri itu.
“Kami terpaksa mendapatkan rawatan cara kampung kerana apabila pulang dari kem motivasi itu anak jadi trauma.
“Mereka (APM) tidap wajar masukkan ular dan bawa anak-anak ini ke kubur pukul dua pagi. Saya rasa terkilan dengan cara mereka menguruskan program ini,” katanya.
Baru-baru ini, video yang memaparkan sekumpulan murid dari Sekolah Kebangsaan Beluru, Kuala Kangsar, Perak menjerit ketakutan selepas terpaksa mengharungi kolam yang telah dicampakkan dua ekor ular semasa menjalani modul latihan yang dikelolakan APM.
Video berkenaan mendapat kritikan netizen dan menganggap ia sebagai keterlaluan untuk murid sekolah rendah.
Kolonel Pertahanan Awam Perak, Mohd Noor Hassan Ashari Sulaiman berkata, pembelajaran modul itu yang dijalankan sejak hampir empat tahun lepas telah digantung serta merta sehingga siasatan lanjut mengenai kejadian itu selesai.
Susulan kejadian itu, empat jurulatih dan enam pembantu APM Kuala Kangsar digantung tugas serta-merta sehingga siasatan lanjut mengenai kejadian itu selesai selepas didapati berlaku pelanggaran operasi prosedur standard (SOP). -Kedahnews.com