PENGUSAHA sebuah restoran yang dikatakan bertanggungjawab menggunakan nama P. Ramly terhadap burger daging babi dijual premis tersebut mungkin akan dikenakan tindakan.
Perkara tersebut boleh diambil sekiranya pemilik restoran berkenaan didapati melanggar akta yang menyebabkan kekeliruan dari segi hebahan maklumat kepada pengguna khasnya umat Islam.
Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan dua jabatan agama negeri dilapor sedang menyiasat cawangan restoran berkenaan yang difahamkan berada di Lembah Klang, Melaka dan Negeri Sembilan.
“Penguat kuasa kita telah berjumpa dengan pengusaha terbabit dan membincangkan perkara ini kelmarin.
“Kita akan ambil tindakan sepatutnya jika kita pasti mereka buat kesalahan mengikut peruntukan sedia ada,” kata Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang dipetik Sinar Harian Online.
Siasatan dibuat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) untuk rangkaian restoran itu di negeri masing-masing.
Kedua-dua jabatan itu difahamkan telah menyerahkan kertas siasatan kepada KPDNKK mengikut Akta Perihal Dagangan 2012 untuk tindakan lanjut.
“Hasil pemeriksaan dengan pegawai KPDNKK di premis restoran itu di Kota Damansara, JAIS menyita satu banting, sekeping menu makanan, resit jualan P. Ramly burger untuk siasatan,” kata seorang pegawai JAIS yang dipetik MalaysiaKini.
Difahamkan, menu baharu itu diperkenalkan sempena sambutan Hari Merdeka dengan harga RM9.90 satu set.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan orang ramai sebelum ini mempertikaikan nama menu itu yang didakwa mengelirukan dengan jenama burger sebuah syarikat Bumiputera, Ramly Burger yang berstatus halal.
Selain itu, penggunaan namanya juga seakan-akan mirip nama legenda seniman agung negara, Tan Sri P. Ramlee sekali gus boleh dianggap mahu menghina allahyarham.
Berita Harian sebelum ini melaporkan seorang pekerja kedai itu memberitahu wartawannya bahawa huruf “P” pada perkataan “P Ramly” merujuk kepada “pork” (babi).
Sementara itu, pemilik restoran tersebut, Ninja Joe melalui Facebooknya menyatakan, mereka akan terus jual burger tersebut dan hanya akan menukar nama lain.
Menurutnya, perkataan Ramly untuk burger daging babi itu adalah penghormatan kepada jenama Ramly sebagai pengeluar burger ternama di negara ini, tiada kaitan dengan pelakon P Ramlee dan ia satu kebetulan. -Kedahnews.com