BANDA ACEH – Enam pasang bakal calon gabenor dan timbalan gabenor Aceh untuk Pilihan Raya Ketua Daerah 2017 wajib mengikuti ujian kemahiran Al-Quran sebagai syarat menjadi calon.
Akhbar berpengaruh Kompas melaporkan, ujian kemampuan dalam membaca kitab suci umat Islam itu dilakukan di Masjid Raya Baiturrahman di sini pada Rabu lalu bermula pukul 9 pagi waktu Jakarta (10 pagi waktu Malaysia).
Sejak pagi hari tersebut, 12 individu yang mewakili enam pasang bakal calon itu dilihat sudah duduk rapi di dalam masjid terkenal berkenaan untuk menanti jadual ujian dimulakan pihak penganjur suruhanjaya pilihan raya.
Regu calon terlibat ialah Zaini Abdullah-Nasaruddin, Abdullah Puteh-Sayed Mustafa, Irwandi Yusuf-Nova Iriansyah, Tarmizi Karim-T Muksalmina, Zakaria Saman-T Alaidinsyah, dan Muzakkir Manaf-TA Khalid.
Ketua suruhanjaya pemilihan Aceh, Ridwan Hadi menyatakan, ujian itu menjadi antara syarat yang harus dipenuhi oleh bakal calon ketua daerah bagi wilayah tersebut. Syarat ini meliputi calon ketua daerah tingkat I atau pun II.
“Syarat mampu baca Al-Quran hanya ada di Aceh dan bagi calon yang tidak mampu baca Al-Quran sama sekali, maka calon tersebut tidak akan lulus daripada pencalonan,” kata Ridwan ketika ditemui semasa ujian berlangsung.
Penilaian Al-Quran tidak hanya dari segi kemampuan baca huruf, tetapi juga bagaimana calon dapat mengadaptasi nilai-nilai kepemimpinan sesuai dengan tuntunan Al-Quran jika mereka berjaya dipilih menjadi ketua daerah kelak.
Ridwan malah menjelaskan, pada pilihan raya sebelumnya, masih ada ramai calon ketua daerah yang tidak mampu membaca Al-Quran sambil berharap, untuk kali ini semua calon mampu membaca dengan baik dan lulus ujian.
Beliau mengingatkan kepada kesemua 12 calon agar mampu menciptakan pilihan raya yang tenang serta berdoa, situasi kondusif seperti sekarang dapat terus dipertahankanse hingga ketua daerah baharu dipilih secara rasmi.
Suasana ujian itu berlangsung juga terkawal dengan calon diberi kesempatan selama 30 minit untuk berlatih melancarkan kemampuan setelah mendapat bahagian mana yang harus dibacakan di depan panel hakim.
Selain jawatan politik tempatan, pemerintah Aceh, sebuah wilayah yang melaksanakan undang-undang syariah terhadap 4.7 juta penduduknya; turut mewajibkan calon untuk perjawatan pegawai polis lulus ujian Al-Quran.
Kompas turut melaporkan ratusan penyokong setiap calon juga dilihat memenuhi ruang legar hadapan Masjid Raya Baiturrahman untuk menyaksikan ujian tersebut secara lebih dekat. – Agensi