SUNGAI PETANI - Seorang pengusaha ladang didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini atas kesalahan mencuri air dari Syarikat Air Darulaman (SADA) untuk dibekalkan ke ladang nangka miliknya bersama rakan kongsinya, lima tahun lalu.
Hakim Saiful Bahari Adzmi menjatuhkan hukuman itu terhadap H'ng Kim Tit, 67, setelah dia mengaku bersalah melakukan kesalahan itu dan turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda.
Mengikut pertuduhan pindaan, H'ng yang merupakan pemilik syarikat Gold Fruit Enterprise dan rakan kongsinya Toh Chin Kun ,49, didakwa secara bersama membuat satu sambungan ke suatu sesalur utama milik SADA yang mana mereka bukanlah pemegang lesen yang dibenarkan berbuat demikian.
Bagaimanapun, Toh mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan dan kesnya akan disebut pada 25 Oktober ini.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah ladang nangka di Lot 44, Paya Tok Dollah, Mukim Pinang Tunggal, Kuala Muda pada 17 Feb 2011.
Kesalahan itu tertakluk di bawah Seksyen 123 (1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali.
Mengikut fakta kes, sekumpulan pegawai dari Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan SADA yang membuat serbuan di ladang terbabit pada 17 Februari 2011 mendapati terdapat penyambungan terus bekalan air yang dibuat pada injap udara menggunakan paip polietilena berketumpatan tinggi (HDPE) bersaiz 90 mm dan kemudiannya memasuki kawasan dalaman untuk kegunaan siraman air.
Semasa pemeriksaan itu dilakukan, tapak tersebut telah dijadikan sebagai ladang nangka untuk tujuan komersial dan keputusan ujian klorin mendapati air di sambungan tersebut merupakan air terawat.
Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam Intan Nursyafina Baharudin meminta agar mahkamah memberikan hukuman paling minimum dengan mengambil kira pengakuan bersalah bapa kepada tiga anak yang masih bersekolah itu yang telah menjimatkan masa dan kos mahkamah.
Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa SPAN Aziamatuliza Farrah Ain Jamludin mahu hukuman setimpal dikenakan bagi memberi pengajaran kepada orang awam, memandangkan tertuduh telah mencuri air kira-kira lapan jam sehari selama empat tahun.
Ia membabitkan kerugian berjumlah RM259,922.89. - Bernama