Dakwaan Majlis Raja-Raja Ada Kuasa Pecat PM Itu Salah - Pengamal Undang-Undang

 Pengamal undang-undang, Datuk Salehuddin Saidin
SHAH ALAM - Tiada peruntukan undang-undang negara yang membolehkan Majlis Raja-Raja (MRR) mengambil tindakan untuk memecat perdana menteri.

Pengamal undang-undang, Datuk Salehuddin Saidin berkata, malah Yang di-Pertuan Agong juga tidak mempunyai kuasa untuk mengetepikan perdana menteri, apatah lagi perdana menteri yang dipilih rakyat menerusi pilihan raya.

"Tiada satu peruntukkan secara khusus yang menyatakan Agong boleh memecat PM... jadi saya rasa terpanggil untuk memperbetulkan sedikit persepsi masyarakat tentang peranan Majlis Raja-Raja.

"Jangan anggap bahawa MRR merupakan satu institusi yang diberikan undang-undang untuk buat apa sahaja yang disarankan, tidak sedemikian, ia ada tatacara dan prosuder yang perlu dipatuhi," katanya.

Sumber: Sinar Harian