ALOR SETAR - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Ustaz Hashim Jasin mempertahankan pendekatan PAS yang menjalin kerjasama dengan UMNO dalam beberapa perkara yang dilihat relevan bagi parti itu dari sudut syarak.
Tegas beliau, pendekatan PAS tersebut adalah bertepatan dengan konsep ta'awun di dalam Islam dan pendirian tersebut dipegang teguh sehingga kini.
"Berbuih dah air liur Tok Guru (Datuk Seri Abdul Hadi Awang), kita tidak akan bersama dengan UMNO.
"Tapi ni yang dok bagi kerjasama? (PAS bekerjasama) dalam perkara kebajikan dan ketaqwaan. Itu dia yang kita pegang, bukan saja-saja kita reka. Perkara kebajikan, PAS sokong kerajaan (BN)," tegas beliau lagi.
Hashim mengulas mengenai hubungan PAS yang dikatakan kini lebih "mesra UMNO" dalam satu wawancara bersama media di Kompleks PAS Perlis yang diadakan baru-baru ini.
PAS sebelum ini dikritik parti-parti pembangkang ekoran pendekatan parti Islam tersebut yang dikatakan berubah kepada lebih "mesra UMNO" gara-gara Presidenya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, kerap muncul bersama dan senada dalam banyak perkara.
Kritikan tersebut semakin memuncak setelah sebuah laman portal pro-pembangkang, Sarawak Report, milik warga asing Claire Rewcastle Brown menuduh PAS menerima 'rasuah' berbentuk dana berjumlah RM90 juta yang menimbulkan kemarahan PAS. - Kedahnews.com